13 February 2014

Tuuuu diaaaaa

Ehem, gambaq pre-convo dah sampai ke tangan ku sebulan yang lalu.. ak tak larat geleng kepala tengok gambaq-gambaq ni semua.. Those pictures has 1001 stories behind it.. Apa pun.. gambaq-gambaq ni semua di ambil oleh Shahid Sanglang Photography.. Tempat: Tasik Perdana Kuala Lumpur.. bila? Ahaha.. Tahun lepas.. a day before my convocation ceremony.. ye..ak memang main-main dengan masa depan ak.. esok nak konvo, hari ni baru nak ambil gambaq pre-convo padahal jubah konvo dah dapat seminggu dah.. (wink)

Okay..kenapa gambar pre-convo ak sangat rare kali ni? Yela.. standard orang ambil di studio kan.. oh.. ak dah ada gambar macam tu masa ak buat first degree dulu.. infact angah diploma pun ada gak gambar dalam studio.. so kira cukup kan? Memandangkan it is my second degree.. degree yang sangat la bercinta untuk ak habiskan and it took me 1 year to decide whether to apply it or not.. bila berjaya masuk.. ak kena extend pulak.. ambik satu paper sampai 3,4 kali.. so masa ak extend to.. ak plan awai dah. . cakap ‘gambar konvo kali ni ambik kat luar.. kita bawak masuk props’ .. konfiden akan lulus je kan.. (masa tu la).. hahahahah.. 

Plus..sebab nak bawak masuk props..memang tak la ak nak bawa masuk props pastu latar buku..!!! pejadah nya..baik amek di luar terus..inspired by korang punya wedding pictures.. hahahaa.. thanks korang bagi ak idea macam best ni.. props yang ak masuk dalam gambar.. ialah,. Moto Honda 70 abah tu.. Bunny dan payung ak yang hilang tu.. 3 benda penting pada ak..

Cerita pasal moto Honda cup 70 abah ni.. ahaha.. moto ni..agak lama tau dari abah bujang lagi..dari kerja di Johor bawak ke Perlis then sampai sekarang.. agak nostalgia la pada beliau..pastu..ak berulang ke sekolah rendah, menengah, infact kalau ak nak keluar abah prefer hantar ak dengan moto ni rather than moto yang lagi satu tu.. basically banyak gak la kenangan ak dengan moto ni.. boleh tido atas moto.. ko agak dari mana skill tu ak dapat? Hahahah… practice make perfect u ols!

mengimbau nostalgia kan?
Gambar ni memang amek depan pondok je..sebab diorang tak bagi bawa masuk moto..nice gak kan? so ada la gambar kami sekeluarga dengan motor ni.. hehehe.. that picture akan di frame kan.. sebab tu la misi utamanya.. buat moto ni jadi gambar untuk di framekan..Lepas tu.. berjalan lagi kat tasik tu.. photographer kata ada banyak lagi port yang boleh kami consider untuk buat main picture.. then kami amek gambar di sini..

sempoi je kan baju semua orang. kalau tak nak abah pakai kain pelekat je.
Jadi sekitar kawasan tu (kalau korang pernah pergi) semua kami bergambar.. hehehe.. pastu ada gak golek golek kat rumput, bukit erk..sort of la bukit.. entah ak pun tak tau macam mana nak explain.. ak suka gambar tu..kalau tunjuk gambar kang,…satgi ramai pulak pose kat situ..hahahah.. tak pasal rosak lanskap.. ahakz.. okay.. masa ni.. semua orang dah habis energy tau.. yela dah tengah hari rasanya.. kami sampai pun dalam 11 pagi macam tu..

Lepas tu.. mak & adik stay je kat kawasan tu.. kami berjalan lagi mencari port.. cewah..untuk gambar sorang pulak la..angah..hari tu memang P.A yang cemerlang..  semua barang ak dia pegang.. infact dia yang bersemangat arah ak nak posing macam mana.. paling letih ak di buat nya.. bila dia dan photographer suruh ak melompat.. ak yang semakin kembang ni di suruh melompat..!!! bayangkan.. (memang tak leh bayang betul tak? ) tahukah anda jubbah konvo agak berat .. jadi macam ni la gambar nya..

ak tak tau la ni melompat ke apa gaya nya
Oh ni payung photographer.. since payung ak kan di ambil orang..terasa macam model for maybank lak.. hahahahaha…lepas tu jalan lagi sampai kat rumah pokok.. ada cerita menarik masa kat sini.. time ni guna props Bunny lak.. kisah bunny ni.. ini ialah teddy bear ak yang pertama.. kebetulan first pet ak ialah rabbit..masa tu mak suka buat agar-agar guna acuan rabbit.. hehehehe… so masa ak dok tongek tongek bergambar bersama Bunny di tangga rumah pokok ni.. tetiba ada couple from middle east datang minta photographer ambil kan gambar diorang berlatarkan.. aaa… batu? Kot.... lepas tu.. photographer ak yang genius ni.. minta la depa bergambar dengan ak.. heheheh… ak suka laaa.. depa cantik dan hensem.. indahnya ciptaan Tuhan..berlatarkan.. jeng jeng jeng..

latar ni sebenarnya batu ke air terjun? korang rasa?
Lepas dah hai hai bye bye dengan model import  from Egypt ni.. angah dan photographer still not satisfied dengan gaya Mary Poppins ak yang tak berapa nak terbang tu.. makanya perlu la ak melompat lagi.. lompat dan lompat…pastu.. jadi la.. kokokrunch!!!

basah ketiak nak dapat pose ni
Selepas mereka berpuas hati.. kami berjalan lagi.. masuk denai mana ntah.. tetibe jumpa lak sort of..aaa..sungai? kot.. oh.. yang ni memang adik suka..so dia dok berangan buat ninjutsu Naruto.. so banyak la gambar mengarot dia kat sini.. more to gambar kami adik beradik.. banyak  gambar yang cool tau..again.. tak nak tunjuk kat korang…sebab ak tak rasa la kita sebenar nya boleh bergambar di situ..hehehehe…

All in all.. sangat bersyukur ak berjaya tamat pengajian.. terima kasih banyak banyak pada mereka yang sentiasa ada bersama ak.. you know who you are.. thanks korang… Semoga Allah membalasnya.. Doakan ak dapat kerja cepat weyh!!... hahahah.. list dah makin panjang nak belanja korang ni…
hikhikhik

4 comments:

  1. salam ms chocoly.. sy tngah usha2 pasal 2nd degree then terjumpa ur post kat blog ni.. nak tanya, nk buat 2nd degree ni path dia cane ek? sama je ek kena apply balik thru upu? or boleh berurusan terus ngan uitm? (uitm kan?perasan ur jubah n background gamba^^) since sy pon 1st degree kat uitm.hope u dont mind boleh reply sbb tngh lost sgt.

    ReplyDelete
  2. Salam Nuraisyah Najib.. minta maaf sesangat tak perasan komen ni.. perjalanan saya Asasi KPTM, 1st Degree Bachelor in Legal Studies. semua ni melalui upu.. tapi 2nd degree ni melalui uitm sahaja sebab.. ia kesinambungan 1st degree dulu... haiyooo i wish i can give u my direct number.. masih lost lagi ke? maaf sesangat hampir 2 bulan baru perasan komen awak.

    ReplyDelete