13 November 2015

Jumaat 13.

Assalamualaikum.. minnaaaa!!! hari Jumaat yg penuh barakah seperti biasa.

Lamanya tak update blog. Bersempena Friday 13 ni, kita nak bagitau.. hari ni genap 8 bulan kita sebagai seorang peguambela dan peguamcara. Alhamdulillah. 

Memandangkan dah lama tak buat karangan kita cuba la ye.. kita nak ucapkan terima kasih pada semuaaaaaaaaaaaaa orang yg sentiasa cuba untuk memahami kehidupan sebagai seorang pelatih dalam kamar .. heh.. utk kita yang suka bermain dengam masa depan.. ia adalah tempoh yang huru hara (pelatih dalam kamar).. bayangkan,, borang 6-8 tu buat memang last minit... nasiblah cik-cik puan, abg-abg di KL Bar dan Bar Council ni tak lokek nak tolong (tips nya senyum walau apa pun dan sila beradap ye). Serius weyh memang nagis-nagis nak siap kan borang 6-8 tu.. macam2 la situasinya sebab last minit semua kena buat sendiri... Apa pun.. semua selesai.. terima kasih pada semua yang mendoakan diri ini.. 

Nah la kita belanja satu gambar nanti kita update lagi pasal long call sbb masa long call tu sendiri pun huru hara jugak.. hahahahah...


P/s: Trivia.. korang tau tak..untuk tahun 2015 ni, Friday 13 ada 3 kali tau.. bulan Februari, Mac dan November. Haaa.. tak percaya? cuba semak kalender korang... Kan?