31 August 2013

Cerita tentang

Raya. Tahun ni takde gambar raya. Ye.. tindakan ini telah membuatkan angah stress sebab takde gambar raya untuk di upload kan (gambar family kami beraya usai solat raya, babak2 drama mohon ampun maaf tu).. boleh tak ak tetibe rasa segan nak bergambar raya, nak upload lagi segan.. even sanak saudara yang mai beraya pun ak tak rasa pulak nak bergambar..yela untuk kenang kenangan gitu..beraya rumah orang pun ak tak rasa nak posing posing dah.. mugkin faktor usia kot… gituwww u olls.!!!!

Raya Merdeka - baru tadi je posing ni
Majlis persandingan. Hah..setakat ni..ke Muar la yang paling jauh ak berjaya sampai.. kalau tak, sekitar KL, Ampang, Cheras, Shah Alam, Klang dan beberapa kawasan sekitar Selangor. Kenduri siapa? Kenduri Salwa. Ak pun macam tak percaya je berjaya sampai. Terima kasih la kepada Nabil yang nak pergi kenduri tu dengan ak.. weyh.. ak rasa ilmiah gila sepanjang perjalanan pergi dan balik tu.. Banyak gak la yang dia kongsikan dengan ak.. antara yang menyuntik semangat ialah..hala tuju ak masa chambering nanti.. Betul..ak memang bertuah dapat kawan kawan macam korang.. syukur sesangat..
sebenarnya ada 3 pelamin tau
Merdeka. Alhamdulilah, 56 tahun negara kita telah mencapai kemerdekaan. Below is my old friend's 2 cents. For me it’s worth to ponder. Credit to Zamir Othman.

Senyum lebar2 tgk org semangat bercerita tentang hari Merdeka.. Pendapat itu dan ini.. 
Abg2, akak2, adik2.. Action speak louder than words tau.. Kehidupan seharian kita dah gambar siapa kita.. Merdeka tu ertinya luas... Malangnya kita hanya paham erti Merdeka yang penjajah sendiri terapkan pada kita.. 
Oh Ya, lupa pulak.. Maksud merdeka tu bebas kan.. Memang semua org dah bebas dah.. Bebas buang anak, bebas menembak & membunuh, bebas tindas wanita, bebas bersuara maki hamun semua orang, bebas ragut sana sini.. Tahniah rakyat Malaysia kerana telah Merdeka..
Cuma bila agak2 nak bebas dari hutang, bebas dari subsidi dan bebas dari harapkan bantuan dan pertolongan manusia lain.
Kita mungkin sudah Merdeka.. Tapi adakah Merdeka dalam jalan yang benar.. Atau terperangkap dalam stigma Merdeka yang penjajah sendiri cetuskan..
Malaysia berdaulat, tanah tumpah darahku.. Maksud mendalam tapi siapa yg akan faham dan terkesan.. Harapnya bukan kosong r macam lagu2 artis masa kini.. Kosong kosong.. Lalalala

Sekian coretan serba sikit dari kak Joyah untuk u olls pada bulan Ogos ini.. nah amek la kek ni..
heeee...



08 August 2013

Tamau Bunge

Alhamdulilah, berkat doa, sokongan dan keyakinan korang pada diri yang sengal ini, berjaya akhirnya diri ini menamatkan pengajian undang-undang secara rasminya.. Finally!!! (I heard that ok!) terima kasih bebanyak ye korang..!

Jadi dikesempatan ini.. teman nak kaborkan.. ‘konvokesyen ak nanti ak tamau bunge!!!! Mekasih’ hehehe… cara tak ayat tu? Tapi betul weyh.. ak memang tak nak bunge.. satu pasai harga nya mahai.. a bouquet cost around RM70-100.. Allah.. bunge je kot.. for the sake of taking picture je kan.. takyah la perabeh duit macam tu.. jap ek.. ak bukan anti bunga tau.. bunga taik ayam yang takde bau tu pun ak rasa cantik.. it just.. first point nyer tu la.. the price.. second.. ak ni pemalas orang nya… kalau bagi ak bunge..konfem layu di tasik madu bunge tu..kang sakit hati lak ak nengok nyer.. dah la mahai kan.. mati gitu je.. ak sangat la malas nak pindah kan bunge tu ke dalam pasu.. heh..pastu malas nak siram.. mengharap pada hujan yang turun.. memang mati la pokok tu kan..

Maka adalah lebih mudah jika korang bagi ak sesuatu yang sangat praktikal untuk ak.. macam duit ke.. bagi nilai yang sama macam harga sejambak bunga pun boleyyyhh… as my duit rayaaaa…hahahhaa.. atau kalau korang ni ada yang jenis ‘ketegaq’(degil bak kata orang Kedah).. nak gak bagi ak bunge.. boleh… tapi.. bunge plastic..takpun.. kain yang digubah jadi bunge.. kaktus pun okay je.. senang jaga.. hahahahah…something practical will do for me.. teeeheeee…

Pada mereka yang ak tuntut hadiah konvo… jangan ngelat ek korang…xbagi yang ni… long call ak nanti ak minta berganda!!! Huahahahahah…tapi ak tahu hadiah korang yang sangat ak hargai kerana harganya yang mahal pada ak .. ialah.. doa dan sokongan korang untuk kejayaan kita semua di dunia dan di akhirat..

Dan sebelum mengakhiri perkongsian ini.. ak nak minta maaf gak la pada korang.. mana tau..kot tak puas hati dengan ak.. kadang kadang.. ak memang tak sedar benda yang ak buat tu salah pada pandangan ko.. ak sangat la appreciate kalu ko pin point kan ketidak puasan hati ko tu kat ak.. minta maaf juga kalu simple minded macam ak ni buat korang stress.. ampun kan la segala tingkah laku dan percakapan, penulisan ak yang mungkin kurang ajar pada pandangan korang.. halal kan segala nya.. makan, minum, ilmu dan lain lain.. ketahuilah.. ak sayang korang…!!!!

Harapnya amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterima olehNya dan lebih baik dari sebelum ini.. Moga kita dapat berjumpa lagi Ramadhan di masa hadapan..Selamat Hari Raya Aidilfitri korang!!!! Maaf zahir dan batin.. have a splendid raya u ols!!!!


p/s: Hati hati bila pergi beraya tu..