21 January 2016

En. Lawyer

Yosh minnnaaa!!

How was your weekend? Gitu.. hari ni ak nak kongsi sikit pasal 'kawan' ak.. actually sejak pertama kali ak diperkenalkan.. dia ni memang ak tak tau nak boh kategori apa.. nak kata rakan sekerja.. hmmm.. yela dia keluar ak yang masuk ganti tempat dia..senior? well dia bukan UiTM or satu sekolah dengan ak kat mana-mana..but anyhow he is my crush.. itu yang pasti.. hahhaha.. 

Nak dijadikan cerita weekend hari tu ak keluar dengan dia.. melepaks.. bila dia terpaksa menungu ak kat kereta dia (sebab tunggu ak siap) habis mak kata tak yah pangil masuk.. tunggu je la kat luar.. -kesian ko bang.. hahahah.. yang ak nak cerita ialah.. masa ak nak sampai kat dia tu.. ak dah.. ish..pehal macam hensem sangat ni.. indeed weyh.. bila bertentangan mata.. i was stunned okay.. masuk dalam keta.. ak tersengih sorang-sorang,. teringat pulak kat watak Daniel dalam drama Cik Cinderella & En.Tengku tu.. bahahahhaha..

Ak tengok drama tu dari first episode lagi.. so dialog dan cara watak Daniel tu memang buat ak tersengih je..hahahah.. well.. lawyers kot.. ayat flirting kami memang sweet boleh potong kaki la kekdah nya.. tambah pulak episode drama hari ni berjaya depa kawin kan.. hehehehe.. yeah.. 

Okay cut the crap.. ak takde la berangan bila ak kata ak tersengih sensorang masa dalam kereta tu.. bukan pe.. En.Lawyer ni ada la sikit macam watak Daniel tu ..cuma hat ni nakal lebih sikit..but kalau korang yang masih single ni nak cari calon suami.. kindly whatsapp me.. bahahahha.. kalau ko cari 5C tu memang dia ada la.. bab agama.. haaa.. dia ostad rock gak ni.. so far ak lepaks dengan dia solat di jaga alhamdulillah.. boleh la membimbing sesiapa yg berminat dengan En.Lawyer ni.. rupa memang ada weyh.. hensem.. tapi.. tabah la sikit sebab dia nakal.. memang suka test ko.. kalau ko tanya ak dia romantik ke tak.. itu ak tak tau.. hahahahah.. u find it yourself la ek..

Hehehe.. mesti ko ingat ak nak luahkan apa la tadi kan.. did u expect this twist? hahahaha.. sorry la mengecewakan para pembaca sekalian.. ak nak promote En.Lawyer ni je.. if i'm single i will definitely say yes to him.. unfortunately .. i'm happy with my current relationship..mohon doakan la kami jodoh panjang hingga ke jannah..   

So girls,,if you interested with En.Lawyer ni.. kindly pm me.. hahahahha.. maaf gambar tak disertakan..bimbang di salah guna.. almaklumlah.. 

13 January 2016

Interview Pertama

Yosh minna!!! Pagi ni ak ada interview pertama untuk tahun ni.. kenapa pertama? sebab ak macam nak benti kejap dalam bidang ni (perundangan).. i need a break weyh.. 

Reaksi mak.. bila ak kata nak gi interview.. beliau macam.. yela .. lari bidang gak.. entah la.. ak suka benda yg ak dah belajar bertahun tahun ni.. cuma.. ak nak merasa benda yang ak patut rasa bila ak ada semester break.. contoh.. kita amek duta pesta buku antarabangsa kL tiap kali ak nak join.. mak tak bagi.. not my standard kata nya.. so benda ni.. ak takleh letgo..bahahahah... i wanna try it and be part of it.. tapi interview ak pagi ni xde la kaitan jadi duta ke apa..for sure lari bidang la.. 

Tapi interview ak pergi ni sementara je.. idok le forever... kang jatuh hukum anak derhaka pulak kalau tak jadi lawyer balik... my point is..ak nak cuba.. ak nak buat.. sebab.. ak masih muda.. kalau dah kawin buat kerja lari bidang macam ni.. memang taklah,, i am not a risk taker..

Oh by the way ak bebel kat sini sebab.. ak baca la apa yg ak rasa releven untuk ak tau pasal interview pagi ni.. tapi.. somehow..ak sedang mencari ayat yg mudah.. ak sedang menyusunkata la senang cerita kalau soalan dia kenapa ak tak nak jadi peguam.. first of all temporary  je kot.. ak pun dah bagi notis kat Majlis Peguam.. amek cutiiiiiii.. see how it goes la interview ni nanti..

hint: customer service, public relation kind of things..sort of..

02 January 2016

Tak sempat lari

Yosh..selamat tahun baru 2016!!!

Pembuka tahun baru 2016 ak telah menghadiri 2 majlis kenduri kawin. Lokasi semua berdekatan dengan kawasan yang ak sangat familiar. Kira kawasan ak membesar dan berdating la senang cerita.. eh.. 

Apa yang ak nak ceritakan situasi semasa ak di majlis kenduri pertama. Ak pergi dengan angah, kenduri ni kawan sekolah menengah ak. Sampai je dalam dewan kenduri ak nampak la dua meja depan ak penuh dengan geng marhaban. Ak melawak je dengan angah 'ish jangan la mak abg __ ada sini' Angah jawab 'kalau betul ada nak lari ke?' Eh budak bertuah ni.. jadi dah amek makanan duduk la kat meja geng sekolah ak.. sambil tu usha gak la meja makcik2 marhaban tu..usha punya usha.. okay line clear.. takde.. lega gila ak.. tiba tengah dok syok pulun nasi kenduri ak nampak kelibat yg sangat familiar.. siap lambai-lambai macam miss world.. memang sengaja dia berdiri depan meja ak supaya ak nampak dia.. Ak pun..'Hey datang dengan siapa ni?' Dia pun jawab 'parents kat depan tu'. sesaat masa tu jemm gila otak ak.. shoot la takleh lari dowh..budak ni bukan leh simpan rahsia pun. Jadi ak pun suruh la dia bawa ak jumpa parents dia.. muahahahhahahahaha.. 

Jumpa parents dia.. depa tak sangka jumpa ak.. ak lagi tak sangka.. selama ni ak dok mengelak dari menghadiri majlis kenduri yang berkaitan dengan famili dia.. sekali boleh terjumpa kat wedding kawan ak.. perghh..betoi-betoi terkena ak siang tadi.. huhuhhuhu.. adakah itu petanda dari Tuhan..  apa pun tak sembang banyak.. sebab masa tu pengantin baru masuk berarak ke dewan dan kebetulan azan zohor time tu..  Dewan tu pulak depan masjid..  (selamat ak pheww) habis doa utk pengantin ak pun beredar la.. nak sambung makan nasi..hahahhahaha.. 

Hmm.. ada soklan cepumas emas tu tapi ak cuma boleh senyum sajoooo... cuz ak sebenarnya rancang nak sambug study tahun ni..insyaAllah.. eh bukan master.. hahahah.. gigih pulak master tu.. ak nak amek syariah di UiTM..nama omputih nya Diploma in Syariah Law & Practice atau akronim dalam melayu DLSA.. jangan ingat nama dia Diploma tak setanding Ijazah.. sebab syarat dia.. ko kena ada LLB.Hon atau BLS.Hons(Uitm) atau Degree syariah dari universiti yg di iktiraf oleh Govt Msia. Haa.. makna nya ko kena ada degreeee dulu baru boleh apply DLSA ni..tapi tu la kan kita merancang je kan.. 

Apa yg ak nak cerita ialah.. i can't believe it weyh!!!! pi mai pi mai tang tu jugak.. dok pada nak mengelak tu jumpa jugak.. irony sungguh.. well this is how my new year start.. hahahahahaah...

31 December 2015

Hakim Fesbuk

Hari ni ak nak luahkan rasa tak puas hati ak pada netizen-netizen atau lebih tepat nya melayu yang jenis tak membaca sampai habis sekadar baca headlines di tabloid atau di siakap keli goreng tepung lepastu terus buat kesimpulan.

Oh ye memang tak la ak nak bagi free education pasal isu ni (kecoh tuan rumah dihukum gantung sebab mempertahankan diri dari pencuri).. after all bukan semua orang appreciate facts and willing to do some research.

Apa yang ak nak luahkan ialah ak terasa.. ibarat cubit peha kiri peha kanan yang rasa. Ak  bukan peguam jenayah. Tapi bila dah hampir semua rakan-rakan bijaksana ak cuba untuk menerangkan apa sebenarnya yang berlaku di status fb mereka supaya korang ni (layman) ni faham.. end up rata-rata komen yang ak dah baca hampir semuaaaaaa macam dah tak reti nak guna otak yang ada tu. Ak jadi marah, sedih dan kecewa. Masih begini mentaliti orang melayu kita. 


kau tak payah menganjing sangat. our law is not like that.

We studied the law, we read the law, we apply the law not even in our works but also in our daily lives and yes we make the law. Kau ingat senang ke? Hey, even the word SHALL in the Penal Code make a huge different tahu! 

Jangan la macam ni kawan, ak baca komen kau ak memang panas hati. Too bad kau tak dapat pensyarah yang ohsem macam yang ak dan rakan-rakan yang lain dapat. Pensyarah ak rata-rata yang jenis kalau tak faham konsep konfem repeat. Dan ak memang takde masalah untuk repeat papers. Perundangan sama juga macam kedoktoran. Bukan boleh buat main-main. Salah apply law ke tali gantung jawabnya.- andai kes jenayah yang melibatkan hukuman gantung sampai mati.  We act for the best interest of our clients. 

Jadi kawan, kalau kau belajar undang-undang separuh jalan, atau bukan dalam bidang ini sekalipun sila belajar membaca dengan betul, maksudnya di sini do some research.. ak bangga kalau kau boleh hadam word by word dalam Penal Code atau Criminal Procedure Code in one hour. Sebab ak ambil masa hampir 6 tahun untuk dapatkan ijazah dalam bidang ini.

Akhir kata dari ak. Belajar macam mana nak jadi pandai. Jangan nak hentam semua orang hanya kerana kau tak puas hati dengan bermacam perkara yang tak masuk akal yang berlaku sepanjang tahun 2015 ini.- merujuk kes-kes ajaib negara (ak juga tak puas hati, ak juga merasa kesan nya seperti kau kerana ak juga rakyat marhein). Tapi jangan sesedap rasa mengutuk, mengeji, menghina pekerjaan kami tanpa berada di tempat kami. Kaji dan cari dulu semua sumber yang ada lepas tu baru join the crowds okay?

Nota kaki: I am a junior lawyer.. studied law for almost 6 years doesn't mean that I know everything.. I have a lot more to learn..  my point is.. don't judge us simply based on the headlines you read.. 

29 December 2015

Cuti

Heeeee.... inshaAllah esok ak dengan rasminya bercuti.. seronok rasanya..when i make it official.. cuti pada ak adalah perkara yang nikmat...hahahhahahahh 

Memandangkan cuti ini pun nak habis tahun 2015.. ak tak nampak la ak nak keluar melepak dengan rakan-rakan sebab ak malas nak kena menjawab soklan dari mak ak.. sebab pernah ada situasi di mana.. ak amek cuti.. sebab bos pergi Korea.. ak pun nak balik Kedah...balik kampung tak lama pun.. sebab angah tak dapat cuti lama.. so bila ak nak keluar dengan rakan-rakan.. boleh tak mak ak bebel.. lebih kurang macam ni la bunyi nya: kerja dah balik malam.. cuti nak keluar pulak.. duduk la rumah.. okay.. okay..it make sense.. yela mugkin mak rindu ke nak gosip dengan ak ke kan.. ak kan jenis makcik2 kalau sembang..yela... faham la point mak ak tu.. from my point of view... aaaa.. jap eh..kenapa pulak ak tak leh keluar???? bahahahhaaha... hadoiyai... sebab ak cuti la ak nak melepak.. gosip-gosip.. bila ak kerja.. memang ak tak nampak dunia lain.. bos sangat persistent dalam mengejar ak.. hahahhahah.. jadi cuti perlu dimanfaat kan sepenuh nya.. pada ak la.. eh tak habis lagi ek.. since ak tak leh keluar.. apa lagi.. telefon sentiasa di tangan kecuali bila sedang di caj.. again.. mak bebel... asik main telefon je macam tak de kerja satu.. omg..hahhahahahah...itu pun kira baik ak tak terkurung dalam bilik.. dah tak kasi keluar kacau la orang melalui teknologi yang ada.. habis nak gosip time bila.. bila ak bergayut.. selang 5 minit jenguk ak.. bahahhaahha... omg..omg..omg.. yeah.. how crazy my parents treats me.. i only have them dunia akhirat maka layankan sajooo walau naik gila juga ak di buatnya... jadi di kesempatan ini.. terima kasih kepada rakan-rakan yang tabah mengadap mak ak bila korang intend nak kidnap ak.. thank you sooooo much...dan terima kasih memahami situasi diri ini... oh oh yang penting.. terima kasih masih nak kawan dengan ak walaupun ada rules macam ni.. 

Amboi panjang mukadimah.. jadi cuti yang tak berapa panjang ni.. ak cuma nak duduk rumah.. bahahaaahaha.. mengemas bilik kot..kemas dapor kot..moga-moga bila mengemas rumah ni.. boleh la kurusssssssssssss.... eh penambahan berat badan ak ni bukan salah ak semata-mata okay..ada banyak faktor lain antaranya... bos suka bagi ak makan nasi lemak ayam dan rendang daging (dalam satu bungkusan yg sama) tiap kali ak dimarahi dengan teruk oleh beliau.. -heh.. most of the time ak akan stay malam tu and beliau rasa bersalah (ak rasa la..) tu yg dia akan stay juga konon macam ada kerja banyak padahal dok main online games... lepas tu.. i stay with my parents.. balik malam konfem la kena makan apa yang mak masak.. kalau tak makan.. ak akan rasa bersalah esok nya sebab bila sarapan mak konfem akan cakap: laaaa kenapa tak makan semalam lauk udang galah ni? mak tingalkan utk along kalau mak tau mak habiskan .. sayang membazir... haaahhhhhhh.. kau kalau dapat ayat macam ni pagi-pagi dari mak kau.. ada tak rasa bersalah nak mampus sebab tak makan? yezzzza.. lepas tu.. ak penat ke.. ak kenyang makan nasi lemak ayam daging rendang bos ke.. balik ak tetap makan.. don't care laaa size badan makin melebar.. ak takleh la mak ak punya saiko ni.. once ko kena.. perghhhh sehari mood ko kelaut... hahahhahahha...

Apa pun..ak nak habaq yang ak tak leh kurus.. bahahahahah,, even bapak ak pulak yang bebel pasal size badan...(bapak ak sangat concern ye dengan fizikal kami adik beradik jaoh beza dengan mak yang kisahkan makan ke tak makan.. hahhahaha.. tipikal mak2 kan.. syukur alhamdulillah ada parents macam ni) Jadi isu bapak ak mudah je.. Along do something with your body.. omg.. bahahhaha...bila ak ajak mak gi jogging kat tasik.. bapak akan cakap.. tak yah la jogging-jogging tu buat sakit lutut.. pulak.. habis...bapak ni.. best part ialah.. ak ialah partner makan malam dia.. yela kita ni balik dah jam berapa ye dak.. lepas tolak pinggan nasi bapak akan ajak makan eskem pulak.. or chocolate.. ikot tekak beliau nak makan pe.. dan... i won't say no..layan kan ajaa.. yela as appreciation token.. sebab bapak tabah tungu anak nya balik kerja..  mana ak tak gemok weyh.. hahhahahah.. 

Living in a healthy life.. hmm.. ak rasa.. am having a healthy life.. yela.. siang ak berlari-lari dalam office... mahkamah.. so... kalau ko kata makanan tak seimbang... ak rasa seimbang dah.. kalau ko berani gi la cakap dengan mak ak kata makanan yg dia masak tak seimbang.. bahahahahahha.. sebab mak ak akan pastikan mesti ada sayur.. itula ultimate defence beliau.. hahahahhaahah..

Jadi cuti ni..hmmm..ak cuma nak bermalasan di rumah...syok nya la hai... golek-golek tengok anime.. oh ye.. yg penting... lama tak blog panjang lebar.. hehehehhe... basically nak cerita pasal wedding and perfume.. eh..? 

Okie dokie... jumpa malam karang... hahaahaahhahaha

21 December 2015

Tahun depan

Minnaaaaa!!!

Okay nak beritahu.. Si dia tak jadi pergi Kamis lepas.. Hrmm..katanya Januari tahun depan.. Alasan dia.. Jap.. Apa alasan dia ek.. Hurm... Okay.. Macam lupa nak tanya.. Eh.. Ke dia ada cakap..

Well anyhow.. Its next year.. So let's get nervous next year.. Shall we?

Okie dokie.. Bubye minnnaaaa!!!

14 December 2015

24 bulan

Yosh minna!!

Nak cerita kat sini.. tadi dapat pangilan telefon dari dia.:

Dia: Visa dah lulus..berangkat Khamis ni.. tak lama pun sekejap je

Me: oh..berapa bulan?

Dia: 2 tahun.

Me: oh..

Dia: I need to go now.. be safe.. i will text you.

Kesan perbualan di atas ke atas diri ini ialah:

Okay nak berangkat Khamis ni... my schedule is tight, can't even run to say good bye.. (tapi sempat pulak meluah kat sini.. emosi okay.. emosi)

2 tahun ye.. 2017/2018 la kan? kat mana yg sekejap je? 24 bulan kan tu...??!!

2 tahun ye.. sempat la nak kurus kan badan betul tak? hahahahaha... as if macam break up pulak rasa nya sekarang ni ( choooyyyyyyy!!!) ..tak tau kenapa sedih ntah..

Tak boleh nak bagi sepatah kata pun.. in fact nak buat personal card pun macam tak mampu.. ingat dia main2 selama ni.. nak beli kad pun tak tau nak tulis pe.. if beli.. time bila nak jumpa nya? my current situation.. weyh tak leh lari weyh.. even a touch & go situation pun tak leh (yela kalau nak bagi goodluck, congratulations card) 

Okay bye. got to go. mata pedih.

Selamat bekerja la ye semua.