Oh ye memang tak la ak nak bagi free education pasal isu ni (kecoh tuan rumah dihukum gantung sebab mempertahankan diri dari pencuri).. after all bukan semua orang appreciate facts and willing to do some research.
Apa yang ak nak luahkan ialah ak terasa.. ibarat cubit peha kiri peha kanan yang rasa. Ak bukan peguam jenayah. Tapi bila dah hampir semua rakan-rakan bijaksana ak cuba untuk menerangkan apa sebenarnya yang berlaku di status fb mereka supaya korang ni (layman) ni faham.. end up rata-rata komen yang ak dah baca hampir semuaaaaaa macam dah tak reti nak guna otak yang ada tu. Ak jadi marah, sedih dan kecewa. Masih begini mentaliti orang melayu kita.
kau tak payah menganjing sangat. our law is not like that. |
We studied the law, we read the law, we apply the law not even in our works but also in our daily lives and yes we make the law. Kau ingat senang ke? Hey, even the word SHALL in the Penal Code make a huge different tahu!
Jangan la macam ni kawan, ak baca komen kau ak memang panas hati. Too bad kau tak dapat pensyarah yang ohsem macam yang ak dan rakan-rakan yang lain dapat. Pensyarah ak rata-rata yang jenis kalau tak faham konsep konfem repeat. Dan ak memang takde masalah untuk repeat papers. Perundangan sama juga macam kedoktoran. Bukan boleh buat main-main. Salah apply law ke tali gantung jawabnya.- andai kes jenayah yang melibatkan hukuman gantung sampai mati. We act for the best interest of our clients.
Jadi kawan, kalau kau belajar undang-undang separuh jalan, atau bukan dalam bidang ini sekalipun sila belajar membaca dengan betul, maksudnya di sini do some research.. ak bangga kalau kau boleh hadam word by word dalam Penal Code atau Criminal Procedure Code in one hour. Sebab ak ambil masa hampir 6 tahun untuk dapatkan ijazah dalam bidang ini.
Akhir kata dari ak. Belajar macam mana nak jadi pandai. Jangan nak hentam semua orang hanya kerana kau tak puas hati dengan bermacam perkara yang tak masuk akal yang berlaku sepanjang tahun 2015 ini.- merujuk kes-kes ajaib negara (ak juga tak puas hati, ak juga merasa kesan nya seperti kau kerana ak juga rakyat marhein). Tapi jangan sesedap rasa mengutuk, mengeji, menghina pekerjaan kami tanpa berada di tempat kami. Kaji dan cari dulu semua sumber yang ada lepas tu baru join the crowds okay?
Nota kaki: I am a junior lawyer.. studied law for almost 6 years doesn't mean that I know everything.. I have a lot more to learn.. my point is.. don't judge us simply based on the headlines you read..
No comments:
Post a Comment