Showing posts with label working life. Show all posts
Showing posts with label working life. Show all posts

31 December 2015

Hakim Fesbuk

Hari ni ak nak luahkan rasa tak puas hati ak pada netizen-netizen atau lebih tepat nya melayu yang jenis tak membaca sampai habis sekadar baca headlines di tabloid atau di siakap keli goreng tepung lepastu terus buat kesimpulan.

Oh ye memang tak la ak nak bagi free education pasal isu ni (kecoh tuan rumah dihukum gantung sebab mempertahankan diri dari pencuri).. after all bukan semua orang appreciate facts and willing to do some research.

Apa yang ak nak luahkan ialah ak terasa.. ibarat cubit peha kiri peha kanan yang rasa. Ak  bukan peguam jenayah. Tapi bila dah hampir semua rakan-rakan bijaksana ak cuba untuk menerangkan apa sebenarnya yang berlaku di status fb mereka supaya korang ni (layman) ni faham.. end up rata-rata komen yang ak dah baca hampir semuaaaaaa macam dah tak reti nak guna otak yang ada tu. Ak jadi marah, sedih dan kecewa. Masih begini mentaliti orang melayu kita. 


kau tak payah menganjing sangat. our law is not like that.

We studied the law, we read the law, we apply the law not even in our works but also in our daily lives and yes we make the law. Kau ingat senang ke? Hey, even the word SHALL in the Penal Code make a huge different tahu! 

Jangan la macam ni kawan, ak baca komen kau ak memang panas hati. Too bad kau tak dapat pensyarah yang ohsem macam yang ak dan rakan-rakan yang lain dapat. Pensyarah ak rata-rata yang jenis kalau tak faham konsep konfem repeat. Dan ak memang takde masalah untuk repeat papers. Perundangan sama juga macam kedoktoran. Bukan boleh buat main-main. Salah apply law ke tali gantung jawabnya.- andai kes jenayah yang melibatkan hukuman gantung sampai mati.  We act for the best interest of our clients. 

Jadi kawan, kalau kau belajar undang-undang separuh jalan, atau bukan dalam bidang ini sekalipun sila belajar membaca dengan betul, maksudnya di sini do some research.. ak bangga kalau kau boleh hadam word by word dalam Penal Code atau Criminal Procedure Code in one hour. Sebab ak ambil masa hampir 6 tahun untuk dapatkan ijazah dalam bidang ini.

Akhir kata dari ak. Belajar macam mana nak jadi pandai. Jangan nak hentam semua orang hanya kerana kau tak puas hati dengan bermacam perkara yang tak masuk akal yang berlaku sepanjang tahun 2015 ini.- merujuk kes-kes ajaib negara (ak juga tak puas hati, ak juga merasa kesan nya seperti kau kerana ak juga rakyat marhein). Tapi jangan sesedap rasa mengutuk, mengeji, menghina pekerjaan kami tanpa berada di tempat kami. Kaji dan cari dulu semua sumber yang ada lepas tu baru join the crowds okay?

Nota kaki: I am a junior lawyer.. studied law for almost 6 years doesn't mean that I know everything.. I have a lot more to learn..  my point is.. don't judge us simply based on the headlines you read.. 

13 November 2015

Jumaat 13.

Assalamualaikum.. minnaaaa!!! hari Jumaat yg penuh barakah seperti biasa.

Lamanya tak update blog. Bersempena Friday 13 ni, kita nak bagitau.. hari ni genap 8 bulan kita sebagai seorang peguambela dan peguamcara. Alhamdulillah. 

Memandangkan dah lama tak buat karangan kita cuba la ye.. kita nak ucapkan terima kasih pada semuaaaaaaaaaaaaa orang yg sentiasa cuba untuk memahami kehidupan sebagai seorang pelatih dalam kamar .. heh.. utk kita yang suka bermain dengam masa depan.. ia adalah tempoh yang huru hara (pelatih dalam kamar).. bayangkan,, borang 6-8 tu buat memang last minit... nasiblah cik-cik puan, abg-abg di KL Bar dan Bar Council ni tak lokek nak tolong (tips nya senyum walau apa pun dan sila beradap ye). Serius weyh memang nagis-nagis nak siap kan borang 6-8 tu.. macam2 la situasinya sebab last minit semua kena buat sendiri... Apa pun.. semua selesai.. terima kasih pada semua yang mendoakan diri ini.. 

Nah la kita belanja satu gambar nanti kita update lagi pasal long call sbb masa long call tu sendiri pun huru hara jugak.. hahahahah...


P/s: Trivia.. korang tau tak..untuk tahun 2015 ni, Friday 13 ada 3 kali tau.. bulan Februari, Mac dan November. Haaa.. tak percaya? cuba semak kalender korang... Kan?  

31 March 2015

Malam

Wow! ini bukan bersawang..berlumut habis blog hah.. yosh!! minnaaa!!! apa khabar?

Just a quick update: 13 Mac 2015 haritu saya telah didafteraikan sebagai peguambela dan peguamcara di Malaya. Alhamdulillah..Terima Kasih kepada semua yang menjadikan ia kenyataan.. di masa yang lain akan di letakkan cerita ini.. yela.. cerita special kan..=D

Jadi saya seorang peguam junior sekarang.. sila jangan di tanya berapa gaji ku.. kau tanya..belum tentu ak akan jawab..tapi sebab kau dah tanya... kau belanja semua...hahahahahha..

Rutin harian ak sama je dari zaman ak chambering.. in fact tak ubah banyak pun masa zaman LLB dulu.. masuk awal pagi.. balik malam.. cuma nya.. zaman belajar dulu ak tak drive... la ni ak drive..

Ak sebenarnya nak membebel pasal memandu di kala malam (last entry hari tu pun cerita pasal kereta juga kan..haaai.. layan kan jela ye..terima kasih..hikhikhikhi) tempoh ak bawa kereta sama jela dengan tempoh ak start chambering sampai dah jadi loyer buruk sekarang..eh..?.. kira lebih kurang setahun,, nama pun setahun.. parking pun tak pass lagi... 

Anyhow.. most of the time ak balik malam.. and ak tak suka sebenarnya balik malam.. tapi kerana semangat nak siap kan kerja (tak nak bos cari  ak sesudah subuh ) ku gagah kan jua..jadi bila ak memandu malam.. perkara yang paling ak menyampah ialah.. lampu kereta kereta yang ada di depan..di belakang ak... nak nak yg high beam.. dan lampu terang nak mampos yang ak amatla yakin tak ikot spec JPJ.. tapi macam ko kisah kan.. masalah ak yang tak suka lampu kereta kau.. -tiba emo..huhuhu

Most of the time i wonder.. kau suka ek lampu terang benderang macam kat stadium bola tu? ak sangat tergangu okay... almaklumla ak kan baru setahun jagung pegang streng kereta.. tapi.. beragak la..bukan semua mata bole absorb.. ada masanya ak terasa macam : nak kawin sekarang boleh? so abg boleh amek kan.. hah kan.. boleh tak solution nya macam tu instead of ak balik awal...hahahahhah...

Eish.. tapi betul la...korang tak semak ke bila memandu waktu malam berdepan dengan situasi ini? hmm...ke mugkin ak sorang je kot yang mengalami nya.. haaaaa... mugkin..

Okie dokie.. jom tidoq..senang-senang kita bebel lagi..nite nite

22 November 2014

Penat dan lapar

Rindu nya nak membebel di sini..!!! My All !!! Terasa tua diri ini akibat bekerja... gitu..
Anyhow.. how are you? Serius...banyak gila nak cerita.. but one thing for sure.. currently Kosong by Najwa Latif and Shake if Off by Taylor Swift really make my day.. heheehe.. relax its works related.. takde kaitan dengan love life ak yg bosan ni..

Kisah penat dan lapar.. sejujurnya.. ak masih boleh berfungsi kalau ak penat .. i still can drive.. do technical stuffs for example bundles, exhibits.. tapi.. kalau ak dah lapar..atau lebih tepat nya dah mula kebulur.. sila la jangan minta pendapat, atau minta ak karang surat atau pape yg memerlukan kemahiran KBKK ak.. even nak parking pun ak rasa malas bila ak dalam keadaan kelaparan.. hehehhe.. selalunya ak akan park je depan umah..senget ke double park ke.. i dont care..ak cuma nak masuk rumah.. dan makan...hahahah.. kereta? heeee... abah kan ada... =p mekasih abah...so sweet of u.. heheheheh...

Kisah hari ni pendek je kan.. adakah korang juga macam ak? memang tak boleh tolerate dengan lapar..? heheheh... ak rasa lapar tu nikmat.. kan.. penat pun nikmat.. sebab kalau ko tak penat.. ko tak rasa nikmat rehat.. kan.. kan.. 

Apa pun dengan isu penat dan lapar ni.. tak pulak ak kurus.. haish...

notakakiygtakdekaitan: nasibla ak datang ofis hari ni.. ak pun tak tau client datang..sakit perut dibuatnya..