Yosh..selamat tahun baru 2016!!!
Pembuka tahun baru 2016 ak telah menghadiri 2 majlis kenduri kawin. Lokasi semua berdekatan dengan kawasan yang ak sangat familiar. Kira kawasan ak membesar dan berdating la senang cerita.. eh..
Apa yang ak nak ceritakan situasi semasa ak di majlis kenduri pertama. Ak pergi dengan angah, kenduri ni kawan sekolah menengah ak. Sampai je dalam dewan kenduri ak nampak la dua meja depan ak penuh dengan geng marhaban. Ak melawak je dengan angah 'ish jangan la mak abg __ ada sini' Angah jawab 'kalau betul ada nak lari ke?' Eh budak bertuah ni.. jadi dah amek makanan duduk la kat meja geng sekolah ak.. sambil tu usha gak la meja makcik2 marhaban tu..usha punya usha.. okay line clear.. takde.. lega gila ak.. tiba tengah dok syok pulun nasi kenduri ak nampak kelibat yg sangat familiar.. siap lambai-lambai macam miss world.. memang sengaja dia berdiri depan meja ak supaya ak nampak dia.. Ak pun..'Hey datang dengan siapa ni?' Dia pun jawab 'parents kat depan tu'. sesaat masa tu jemm gila otak ak.. shoot la takleh lari dowh..budak ni bukan leh simpan rahsia pun. Jadi ak pun suruh la dia bawa ak jumpa parents dia.. muahahahhahahahaha..
Jumpa parents dia.. depa tak sangka jumpa ak.. ak lagi tak sangka.. selama ni ak dok mengelak dari menghadiri majlis kenduri yang berkaitan dengan famili dia.. sekali boleh terjumpa kat wedding kawan ak.. perghh..betoi-betoi terkena ak siang tadi.. huhuhhuhu.. adakah itu petanda dari Tuhan.. apa pun tak sembang banyak.. sebab masa tu pengantin baru masuk berarak ke dewan dan kebetulan azan zohor time tu.. Dewan tu pulak depan masjid.. (selamat ak pheww) habis doa utk pengantin ak pun beredar la.. nak sambung makan nasi..hahahhahaha..
Hmm.. ada soklan cepumas emas tu tapi ak cuma boleh senyum sajoooo... cuz ak sebenarnya rancang nak sambug study tahun ni..insyaAllah.. eh bukan master.. hahahah.. gigih pulak master tu.. ak nak amek syariah di UiTM..nama omputih nya Diploma in Syariah Law & Practice atau akronim dalam melayu DLSA.. jangan ingat nama dia Diploma tak setanding Ijazah.. sebab syarat dia.. ko kena ada LLB.Hon atau BLS.Hons(Uitm) atau Degree syariah dari universiti yg di iktiraf oleh Govt Msia. Haa.. makna nya ko kena ada degreeee dulu baru boleh apply DLSA ni..tapi tu la kan kita merancang je kan..
Apa yg ak nak cerita ialah.. i can't believe it weyh!!!! pi mai pi mai tang tu jugak.. dok pada nak mengelak tu jumpa jugak.. irony sungguh.. well this is how my new year start.. hahahahahaah...
02 January 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment