31 August 2013

Cerita tentang

Raya. Tahun ni takde gambar raya. Ye.. tindakan ini telah membuatkan angah stress sebab takde gambar raya untuk di upload kan (gambar family kami beraya usai solat raya, babak2 drama mohon ampun maaf tu).. boleh tak ak tetibe rasa segan nak bergambar raya, nak upload lagi segan.. even sanak saudara yang mai beraya pun ak tak rasa pulak nak bergambar..yela untuk kenang kenangan gitu..beraya rumah orang pun ak tak rasa nak posing posing dah.. mugkin faktor usia kot… gituwww u olls.!!!!

Raya Merdeka - baru tadi je posing ni
Majlis persandingan. Hah..setakat ni..ke Muar la yang paling jauh ak berjaya sampai.. kalau tak, sekitar KL, Ampang, Cheras, Shah Alam, Klang dan beberapa kawasan sekitar Selangor. Kenduri siapa? Kenduri Salwa. Ak pun macam tak percaya je berjaya sampai. Terima kasih la kepada Nabil yang nak pergi kenduri tu dengan ak.. weyh.. ak rasa ilmiah gila sepanjang perjalanan pergi dan balik tu.. Banyak gak la yang dia kongsikan dengan ak.. antara yang menyuntik semangat ialah..hala tuju ak masa chambering nanti.. Betul..ak memang bertuah dapat kawan kawan macam korang.. syukur sesangat..
sebenarnya ada 3 pelamin tau
Merdeka. Alhamdulilah, 56 tahun negara kita telah mencapai kemerdekaan. Below is my old friend's 2 cents. For me it’s worth to ponder. Credit to Zamir Othman.

Senyum lebar2 tgk org semangat bercerita tentang hari Merdeka.. Pendapat itu dan ini.. 
Abg2, akak2, adik2.. Action speak louder than words tau.. Kehidupan seharian kita dah gambar siapa kita.. Merdeka tu ertinya luas... Malangnya kita hanya paham erti Merdeka yang penjajah sendiri terapkan pada kita.. 
Oh Ya, lupa pulak.. Maksud merdeka tu bebas kan.. Memang semua org dah bebas dah.. Bebas buang anak, bebas menembak & membunuh, bebas tindas wanita, bebas bersuara maki hamun semua orang, bebas ragut sana sini.. Tahniah rakyat Malaysia kerana telah Merdeka..
Cuma bila agak2 nak bebas dari hutang, bebas dari subsidi dan bebas dari harapkan bantuan dan pertolongan manusia lain.
Kita mungkin sudah Merdeka.. Tapi adakah Merdeka dalam jalan yang benar.. Atau terperangkap dalam stigma Merdeka yang penjajah sendiri cetuskan..
Malaysia berdaulat, tanah tumpah darahku.. Maksud mendalam tapi siapa yg akan faham dan terkesan.. Harapnya bukan kosong r macam lagu2 artis masa kini.. Kosong kosong.. Lalalala

Sekian coretan serba sikit dari kak Joyah untuk u olls pada bulan Ogos ini.. nah amek la kek ni..
heeee...



08 August 2013

Tamau Bunge

Alhamdulilah, berkat doa, sokongan dan keyakinan korang pada diri yang sengal ini, berjaya akhirnya diri ini menamatkan pengajian undang-undang secara rasminya.. Finally!!! (I heard that ok!) terima kasih bebanyak ye korang..!

Jadi dikesempatan ini.. teman nak kaborkan.. ‘konvokesyen ak nanti ak tamau bunge!!!! Mekasih’ hehehe… cara tak ayat tu? Tapi betul weyh.. ak memang tak nak bunge.. satu pasai harga nya mahai.. a bouquet cost around RM70-100.. Allah.. bunge je kot.. for the sake of taking picture je kan.. takyah la perabeh duit macam tu.. jap ek.. ak bukan anti bunga tau.. bunga taik ayam yang takde bau tu pun ak rasa cantik.. it just.. first point nyer tu la.. the price.. second.. ak ni pemalas orang nya… kalau bagi ak bunge..konfem layu di tasik madu bunge tu..kang sakit hati lak ak nengok nyer.. dah la mahai kan.. mati gitu je.. ak sangat la malas nak pindah kan bunge tu ke dalam pasu.. heh..pastu malas nak siram.. mengharap pada hujan yang turun.. memang mati la pokok tu kan..

Maka adalah lebih mudah jika korang bagi ak sesuatu yang sangat praktikal untuk ak.. macam duit ke.. bagi nilai yang sama macam harga sejambak bunga pun boleyyyhh… as my duit rayaaaa…hahahhaa.. atau kalau korang ni ada yang jenis ‘ketegaq’(degil bak kata orang Kedah).. nak gak bagi ak bunge.. boleh… tapi.. bunge plastic..takpun.. kain yang digubah jadi bunge.. kaktus pun okay je.. senang jaga.. hahahahah…something practical will do for me.. teeeheeee…

Pada mereka yang ak tuntut hadiah konvo… jangan ngelat ek korang…xbagi yang ni… long call ak nanti ak minta berganda!!! Huahahahahah…tapi ak tahu hadiah korang yang sangat ak hargai kerana harganya yang mahal pada ak .. ialah.. doa dan sokongan korang untuk kejayaan kita semua di dunia dan di akhirat..

Dan sebelum mengakhiri perkongsian ini.. ak nak minta maaf gak la pada korang.. mana tau..kot tak puas hati dengan ak.. kadang kadang.. ak memang tak sedar benda yang ak buat tu salah pada pandangan ko.. ak sangat la appreciate kalu ko pin point kan ketidak puasan hati ko tu kat ak.. minta maaf juga kalu simple minded macam ak ni buat korang stress.. ampun kan la segala tingkah laku dan percakapan, penulisan ak yang mungkin kurang ajar pada pandangan korang.. halal kan segala nya.. makan, minum, ilmu dan lain lain.. ketahuilah.. ak sayang korang…!!!!

Harapnya amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterima olehNya dan lebih baik dari sebelum ini.. Moga kita dapat berjumpa lagi Ramadhan di masa hadapan..Selamat Hari Raya Aidilfitri korang!!!! Maaf zahir dan batin.. have a splendid raya u ols!!!!


p/s: Hati hati bila pergi beraya tu..

27 July 2013

Mak aku kata

 Kalau pakai baju ni macam Aaron Aziz..

Hahahahaha... first time abah tengok iklan ni.. abah gelak besar.. oh kalau pakai baju ni macam Aaron Aziz.. kata beliau..(okay.. as a matter of fact ak di kelilingi dengan lelaki lelaki yang sangat la perasaan diri mereka macam Aaron Aziz.. iaitu Abah dan Mok.. kehkehkeh.. sesuai sangat iklan ni )

Lepas tu ak nak sangat tengok iklan ni.. esok nya ak tunggu gak depan tv.. nonhado!.. cari di kotak merah (youtube) nonhado.. yang ada behind the scenes.. siap minta kat Mok link youtube lagi.. tapi reply dia 'eh dah keluar dah iklan ak tu?' nyesal lak minta kat dia.. poyo tak habis habis..tapi masa tu takde lagi la kat youtube..next day ak tidur awal.. adik adik ak pulak yang dapat tengok.. galak sungguh depa gelak 'rugi la along tidur..hahahaha'.. ye... ak terjaga masa diorang jerit..'eh iklan Aaron tu la..cepat cepat'.. pastu ak sambung tidur dengan perasaan yang sungguh mengantok.. hahahaha..

Pastu ak dah tengok dah iklan ni... heheheh... tak puas hati terus cari di kotak merah.. jumpa.. 'oh baru semalam mereka upload, 23 July 2013'. yeah... haahahaha..

Jadi kek bawah tulah  iklan yang buat den tak sabar nak tengok!!!
(maaflah tak mahir lagi cara nak upload video masuk dalam satu entry tu yang ak upload bagi korang tengok extended version punya.. alang alang beria ak menunggu iklan ni kan)



TVC Baju Melayu Aaron Aziz by Jakel - Extended Version

01 July 2013

Nak periksa dah oi

Haaaa.. tadi baru je beli akta baru.. cemerlang sangat kan.. ak lupa yang akta dalam simpanan ak zaman tok kaduk punya.. tu pasal la gagal weyh.. hahaha… hari tu jawab exam guna akta lama.. terbaik..

Salah ak.. dan ak nak justify gak.. first time amek paper ni.. amendment  tak buat lagi tau.. 2nd time amek.. I’m not aware even though Tan Sri Abdul Gani Patail came and brief us about it.. dah ak datang talk berlengang masa tu.. dok belakang lagi.. syok tido la.. jadi ia bukan salah cikgu yang mengajar ye.. itu yang penting… ak paling menyampah kalau orang tegur kata macam ni pada ak : cikgu tak ajar ke? Pergghh.. ak mungkin banyak mengarut, main main tapi bila sampai bab bab akademik ak.. with all due respect don’t put the blame on my teachers! Regardless of what subjects.. ilmu akhirat ataupun ilmu dunia.. segala salah silap.. ia datang dari ak.. sekian justifikasi saya untuk hal ini..

Jadi kawan-kawan.. di sini saya lampirkan beberapa keping gambar untuk tatapan.. ecehwah.. nak jugak tayang my new Evidence Act 1950..dan juga buku yang sentiasa di kelek ke hulur ke hilir.. dating pun bawak okay! Gigih tak gigih la kali ni..
colour pink uolls
buku ni leh jadi senjata..if u know how.. hehehe
terlebih gigih hari tu


Pada mereka yang sedang mengambil peperiksaan akhir.. Good luck ye!!! 

P/s: errr.. ak tak ingat la button pe yang ak tekan masa godek godek blog ni guna lumia tu.. so i realize just now that my reading lists is empty... haaaaa.. chantek... huhuhu...waaaaa.. korang!!!!

14 June 2013

Kuda ku LARI gagah berani

Ak tak de pun nak citer pasal kuda kali ni.. nak cerita pasal LARI.. citer baru lakonan Aaron Aziz tu.. tengok trailer macam best.. sangat membuak sebenarnya nak tengok citer ni… nak kata peminat setia Aaron tu idok le… Cuma sangat berminat tang Aaron sepak terajang orang tu..


Maka.. kelmarin.. ak tengok citer ni.. sensorang ok.. yeah berjaya menyempurnakan misi terpendam.. ak dah lama gak teringin nak experience macam mana feeling nya kalu tengok movie sensorang… heheeh.. saya dah besar.. hikhikhik

In overall view, citer ni okay…tak payah semak pale.. citer ni ikot flow.. pergi la tengok..mugkin korang akan suka dari segi camera works.. heeee… weyh.. awal2 scenes kan.. macam parkour pun ada.. lompat lompat atas bumbunng bangunan.. smart nyer la hai Aaron Aziz!!!

Ak juga sudah menonton Furious 6.. 'We Own It' adalah lagu yang  menemankan ak study... selain lagu pakcik Mior rock brader Kilauan Emas 3 'sampai di sini'.. Ak rasa tak perlu untuk ak citer panjang lebar citer Furious 6 ni kan... mostly korang sume dah tengok kan... citer ni ak tengok before ak beli Lumia.. lama dah la kira nya.. hahahah..


Oh.. KIL ak tak dan tengok .. huhuhu.... dari review yang ak baca boleh tahan.. u olls sempat ke tengok? Ak rasa macam ramai je yg excited dengan karya baru Christopher Nolan..Man of Steel..ak je kot alien macam tak minat citer macam superman ni..huhuhuhu... but i can't wait for your review!!! 

P/s: ak macam banyak masa la ek tengok movie bagai.. fyi.. exam ak awal bulan depan.. a few days before Ramadhan.. ak cuak sebenarnya tapi dah tak boleh nak di zahirkan dah perasaan cuak ni.. tak tahu.. mugkin.. ntah...

11 June 2013

Fasa seterusnya

Zamir: Hahahha..sengal
Aifaa: Hadoii yun…
Che : (gaya nak tersembur makanan yg di kunyah masa tu)
Thaha: Bukan tragis dah..sadis nama nya
Dolly: Payah ayu ni..
Ika (sepupu ak) : Poyo arr kak yu ni..
Tak kongsi pun dengan Mok.. sbb ak dah kacau vacation dia.. lagipun ak rasa ak dah bole agak pe respon dia – 'Ayuni kan..'

Utk korang.. mugkin la perkara biasa… ak.. amek masa bertahun tau nak amek keputusan ni.. huhuhuu.. for me.. it is an important decision...err.. kindda..

Ak.. awal bulan haritu… aaaa.. hmmm.. ak beli fon baru..!!! heheheeh…. Lumia je… bukan S4 seperti yg di jangka oleh Zamir atau iphone5..

Respon2..diatas tu.. adalah respons sebab ak tak reti guna fon ini.. baik whatsapp, wechat.. dan macam2 apps la yg ada dalam phone ni yg ak masih lagi teragak-agak nak try… byk benda ak fikirkan everytime ak nak buat account utk sume apps tu..

Ak ni ibarat org zaman batu tetibe termasuk zaman cyber.. senang citer seperti tikus tengok besi la.. diorang dah bantai gelak sebab ke-sengal-an ak yg tak reti guna..termasuklah org kedai Nokia tu.. huhuhu.. ak kan jenis : malas nak amek kisah especially when it comes to technology.. tapi beli gak kan Lumia ni.. hahhaha… entah..somehow.. it is about time to changed.. sampai bila mahu di takuk yg lama..

Tapi mcm sengal..yela.. gaya Ayuni la kan.. slowly.. ak yakin ak bole guna sume app dalam fon ni lepas ni.. oh.. since its Lumia.. guna Windows 8 ye..to be frank.. ak memang stress giler masa 1st time guna.. tapi kan..lama-lama ak rasa.. ia sgt menarik.. excited sgt bila dah reti guna satu benda… hahhaha… byk lagi yg ak tak explore ni..

Asal beli Lumia? Nape tak Samsung.. hmmm.. macam mana ek.. dari first time ak guna phone.. brand phone ak ialah Nokia.. so.. Lumia ni phone ke 4 ak.. tapi.. ia phone pertama ak guna network lain.. hah.. kisah nya… ak baca paper.. Lumia lancar model baru.. 520.. harga RM599.. Eh..murahnya.. since that day.. ak aimed nak amek phone ni..

Oh ye… itu bukan bermaksud untuk riak ye.. maksud ak ialah.. ak rasa smartphone mahal.. like.. seribu, dua ribu gitu..maybe sebab ak usha iPhone kot.. jadi bila dah di lancar produk baru ni.. kebetulan dari keluarga Nokia..Lumia pulak kan.. ak pun amek keputusan utk membelinya.. I guess for a beginner like me..Lumia 520 is a good start.. Plus it comes with great features and great value too..

Jadi ak guna 2 phone sekarang ni.. macam tak percayakan.. heh.. ak pun begitu juga… I am a windows phone user now… wah..!!!
godek godek cara nak guna camera.. T_T