Showing posts with label Raya 2013. Show all posts
Showing posts with label Raya 2013. Show all posts

16 October 2013

Tunggu

‘Jangan tungu lama-lama, nanti dia di ambil orang’ Hah, korang pernah dengar lagu ni? Ok for now, this song is not related to me, yet.. Hahahaha.. perkataan tunggu tu je yang ak rajin guna kebelakangan ni.. Entry kali ni nak kongsi dialog-dialog standard yang akan ak jawab bila di tanya : Ayuni, bila nak kawin? Mesti korang yang masih single, atau dah ada pasangan tapi belum ke next stage, biasa dah dapat soalan yang tak berapa nak cepumas ni kan.. hehehhe…

Jawapan ak terbahagi kepada beberapa kumpulan.. yela ak tengok gak siapa yang bertanya, but most of it lebih kepada tak ilmiah langsung jawapan ak.. buat stress korang tanya je.. so let’s check it out.. ecehwah.. gituw!

Rakan sekelas sekolah kebangsaan : Haaa, ak tunggu Zamir balik baru ak buat kenduri kawin.
Rakan sekolah agama dan kebangsaan : Eh, ak tunggu kenduri ko dulu, nanti ak follow.
Kalau sekolah menengah lak jawapan nya: steady boyfriend pun tak de, cuba ko kenal kan pada ak member ko yang single, mana tau sangkot, leh jemput ko datang kenduri ak nanti..
Kawan-kawan universiti, jawapan nya macam macam, tapi teknik tetap sama.. twist sikit je.. banyak group kan kat universiti ni.. antaranya:
‘Ak tunggu kenduri Farouq ni hah’
‘Tunggu majlis Aifaa setel dulu, nanti ak jemput korang ke majlis kawin ak lak ek’
‘Hehehe.. Suki bench mark I, i tunggu dia jadi tunangan orang dulu’
In case yang bertanya tu baru kawin jawapan ak : tunggu korang ada baby dulu.
If dah ada baby jawapan nya : tunggu korang ada anak 3..

Kalau yang bertanya makcik pakcik : saya baru je habis sekolah,. Tak pun kalau yg bertanya tu pakcik,makcik suka gossip : tengokla dulu siapa yang berani nak ngadap abah tu.. if tanya lagi.. memang ak tanya: ada orang risik saya pada pakcik/makcik ke? Hahahahah.. ayat ak can't go la.. berangan hotstuff..
Jiran tetangga tanya: Ish, mana boleh kenduri saya tak jemput, family acik harapan saya dan family untuk membantu, orang kuat la kata kan..

Yang bertanya tu saudara mara.. ak tembak balik la sepupu sepupu ak.. jawapan yg hampir sama ‘ tunggu Bob/Dibah/Jai/Nazirah kawin dulu’ mana mana la sepupu ak yang ada depan mata masa tu.. petik jela nama nyer…

After all those answer scheme will used interchangeably… ikot dan je.. hehehehhee..
Motif ak cerita benda ni.. nak tahu la korang respon macam mana… suka, tak suka, annoyed? Or worst, for certain people..feel stress out… hahahahhaah…  i personally kindda love this question... sebab.. ak pun tak tau bila nak kawin.. ak excited tang tu la sebenar nya.. pasai ak tak tau... mai la kita share bersama feeling surprise ni naaa....hikhikhikhik

notakaki: di kesempatan ini, rasa nya masih belum terlewat lagi untuk ak mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha buat korang.. Ak minta maaf kalau ada salah dan silap selama ni.. Moga ibadah yang kita lakukan di terima oleh NYA.. 


06 September 2013

My new roommate.

Okay…ak nak kenal kan korang dengan roommate baru ak.. heheheh… dia sangat comel.. suka melaram.. pantang nampak getah rambut ak.. barang kemas ( alaaaa… asal nampak bling-bling).. sure dia minta nak pakai sama… ak layan kan jelaaa… tapi bagi pinjam kejap je.. hahahah.. bukan kedekut okay.. satgi merah merah lak leher dan tangan dia.. almaklumla.. accessories ak sume murahan saja.. tak lebih RM10.. kulit nya pulak sensitip..

Roomate ak ni.. actually dah lama dah dok sini.. kalau tak salah.. dari bulan 2 haritu.. hahahah.. ak baru masuk balik bilik ak masa bulan puasa.. after final examination.. yela.. nak study tengah tengah malam.. kesian pulak kalau dok pasang lampu sampai ke subuh.. kang stress pulak dia walaupun dia tak kan cakap pun.. tapi.. sendiri mau ingat la kan.. courtesy..

Tapi.. ak pow gak roommate ni.. heheheh.. alaaaa…  tak banyak.. setakat beli penyegar udara nak boh kat bilik jaa.. sebab ak cakap ‘bilik gadis kena wangi pasai orang suka mai bilik ni’ .. nasib la dia setuju.. heheeheh… ak tak buli rumate ak okay.. oh ye.. kerana roommate ak ni anak jati Kedah.. kadang2 ter-speaking Utara la ak dengan dia.. recently tersasul speaking utara dengan Mok.. perghh.. kemain la Mok taknak kalah speaking utara dengan ak.. which end up ak tak larat gelak sebab bunyi nya kelakar sangat.. ibarat bila ak kecek kelate.. gitu la situasinya.. hahahahahahah….

Okay.. mesti korang nak kenal kan roommate ak ni? Kenal kan.. Tok Piah.. a.k.a nenek ak.. a.k.a ibu kepada mak ak.. heheheh.. comey kan… untong la dapat cucu bertuah macam ak ni… hahahhahahaah…
comeykan.. siap ada small teddy jadi peneman..
Dan memandangkan hari ni 30 Syawal.. sekali lagi ku mohon ampun dan maaf pada mereka yang mugkin.. ak agak kojaq, annoying kan mereka… dan pada budak2 flat yang datang rumah tapi tak dapat duit raya.. sorry la dik.. sape soh ko lari bila akak tanya soklan math? Bukan susah pun.. amek jela masa utk mengira… jawapan betul dapat la duit raya..try jawab pun tak.. terus lari.. hmmmm… tahun depan jangan datang lagi tahu.. hahahahah…. 

31 August 2013

Cerita tentang

Raya. Tahun ni takde gambar raya. Ye.. tindakan ini telah membuatkan angah stress sebab takde gambar raya untuk di upload kan (gambar family kami beraya usai solat raya, babak2 drama mohon ampun maaf tu).. boleh tak ak tetibe rasa segan nak bergambar raya, nak upload lagi segan.. even sanak saudara yang mai beraya pun ak tak rasa pulak nak bergambar..yela untuk kenang kenangan gitu..beraya rumah orang pun ak tak rasa nak posing posing dah.. mugkin faktor usia kot… gituwww u olls.!!!!

Raya Merdeka - baru tadi je posing ni
Majlis persandingan. Hah..setakat ni..ke Muar la yang paling jauh ak berjaya sampai.. kalau tak, sekitar KL, Ampang, Cheras, Shah Alam, Klang dan beberapa kawasan sekitar Selangor. Kenduri siapa? Kenduri Salwa. Ak pun macam tak percaya je berjaya sampai. Terima kasih la kepada Nabil yang nak pergi kenduri tu dengan ak.. weyh.. ak rasa ilmiah gila sepanjang perjalanan pergi dan balik tu.. Banyak gak la yang dia kongsikan dengan ak.. antara yang menyuntik semangat ialah..hala tuju ak masa chambering nanti.. Betul..ak memang bertuah dapat kawan kawan macam korang.. syukur sesangat..
sebenarnya ada 3 pelamin tau
Merdeka. Alhamdulilah, 56 tahun negara kita telah mencapai kemerdekaan. Below is my old friend's 2 cents. For me it’s worth to ponder. Credit to Zamir Othman.

Senyum lebar2 tgk org semangat bercerita tentang hari Merdeka.. Pendapat itu dan ini.. 
Abg2, akak2, adik2.. Action speak louder than words tau.. Kehidupan seharian kita dah gambar siapa kita.. Merdeka tu ertinya luas... Malangnya kita hanya paham erti Merdeka yang penjajah sendiri terapkan pada kita.. 
Oh Ya, lupa pulak.. Maksud merdeka tu bebas kan.. Memang semua org dah bebas dah.. Bebas buang anak, bebas menembak & membunuh, bebas tindas wanita, bebas bersuara maki hamun semua orang, bebas ragut sana sini.. Tahniah rakyat Malaysia kerana telah Merdeka..
Cuma bila agak2 nak bebas dari hutang, bebas dari subsidi dan bebas dari harapkan bantuan dan pertolongan manusia lain.
Kita mungkin sudah Merdeka.. Tapi adakah Merdeka dalam jalan yang benar.. Atau terperangkap dalam stigma Merdeka yang penjajah sendiri cetuskan..
Malaysia berdaulat, tanah tumpah darahku.. Maksud mendalam tapi siapa yg akan faham dan terkesan.. Harapnya bukan kosong r macam lagu2 artis masa kini.. Kosong kosong.. Lalalala

Sekian coretan serba sikit dari kak Joyah untuk u olls pada bulan Ogos ini.. nah amek la kek ni..
heeee...



08 August 2013

Tamau Bunge

Alhamdulilah, berkat doa, sokongan dan keyakinan korang pada diri yang sengal ini, berjaya akhirnya diri ini menamatkan pengajian undang-undang secara rasminya.. Finally!!! (I heard that ok!) terima kasih bebanyak ye korang..!

Jadi dikesempatan ini.. teman nak kaborkan.. ‘konvokesyen ak nanti ak tamau bunge!!!! Mekasih’ hehehe… cara tak ayat tu? Tapi betul weyh.. ak memang tak nak bunge.. satu pasai harga nya mahai.. a bouquet cost around RM70-100.. Allah.. bunge je kot.. for the sake of taking picture je kan.. takyah la perabeh duit macam tu.. jap ek.. ak bukan anti bunga tau.. bunga taik ayam yang takde bau tu pun ak rasa cantik.. it just.. first point nyer tu la.. the price.. second.. ak ni pemalas orang nya… kalau bagi ak bunge..konfem layu di tasik madu bunge tu..kang sakit hati lak ak nengok nyer.. dah la mahai kan.. mati gitu je.. ak sangat la malas nak pindah kan bunge tu ke dalam pasu.. heh..pastu malas nak siram.. mengharap pada hujan yang turun.. memang mati la pokok tu kan..

Maka adalah lebih mudah jika korang bagi ak sesuatu yang sangat praktikal untuk ak.. macam duit ke.. bagi nilai yang sama macam harga sejambak bunga pun boleyyyhh… as my duit rayaaaa…hahahhaa.. atau kalau korang ni ada yang jenis ‘ketegaq’(degil bak kata orang Kedah).. nak gak bagi ak bunge.. boleh… tapi.. bunge plastic..takpun.. kain yang digubah jadi bunge.. kaktus pun okay je.. senang jaga.. hahahahah…something practical will do for me.. teeeheeee…

Pada mereka yang ak tuntut hadiah konvo… jangan ngelat ek korang…xbagi yang ni… long call ak nanti ak minta berganda!!! Huahahahahah…tapi ak tahu hadiah korang yang sangat ak hargai kerana harganya yang mahal pada ak .. ialah.. doa dan sokongan korang untuk kejayaan kita semua di dunia dan di akhirat..

Dan sebelum mengakhiri perkongsian ini.. ak nak minta maaf gak la pada korang.. mana tau..kot tak puas hati dengan ak.. kadang kadang.. ak memang tak sedar benda yang ak buat tu salah pada pandangan ko.. ak sangat la appreciate kalu ko pin point kan ketidak puasan hati ko tu kat ak.. minta maaf juga kalu simple minded macam ak ni buat korang stress.. ampun kan la segala tingkah laku dan percakapan, penulisan ak yang mungkin kurang ajar pada pandangan korang.. halal kan segala nya.. makan, minum, ilmu dan lain lain.. ketahuilah.. ak sayang korang…!!!!

Harapnya amalan kita sepanjang Ramadhan ini diterima olehNya dan lebih baik dari sebelum ini.. Moga kita dapat berjumpa lagi Ramadhan di masa hadapan..Selamat Hari Raya Aidilfitri korang!!!! Maaf zahir dan batin.. have a splendid raya u ols!!!!


p/s: Hati hati bila pergi beraya tu..