09 February 2018

Kunci Kereta Tertinggal

Yosh Minna!!

It's February.. my favorite month and cry me a river month.. ramai ye celebrate birthday bulan ini.. duit kakak macam air ye keluar.. termasuk la bulan May.. almaklumlah adik lelaki kakak bulan May, sekali dia minta.. kakak rasa macam nak kena cuci tingkap KLCC untuk cover balik duit kakak itu.. 

Anyhow kakak nak cerita pasal kes throwback DLSA.. Rindu semak-semak dgn kelas dan kerja.. so kita throwback sikit hari ini.. Seperti biasa pagi Sabtu kami (kakak dan Suki) akan gerak sekali..pagi itu dibekalkan dengan nugget.. selamat je sampai parking Cempaka (nama bangunan yang terletaknya kelas-kelas untuk Fakulti Undang-Undang) kakak cabut kunci letak dalam beg kunci.. beg kunci letak dalam beg sekolah.. beg sekolah dalam Fuji (nama kereta kakak..hikhikhik) so faham ye situasi itu? jelas kan? bagus pembaca semua. Suki dah angkut semua beg dia.. dan hampir nak tutup pintu dia.. kakak tanya: eh nugget tadi mana? sebab masa tu kakak kat seat belakang masuk kan kunci dlm beg sekolah.. she said.. kat depan la.. so kakak pun ke depan ambil la bekal nugget itu.. Suki lepas nampak terus tutup pintu and nak gerak ke kelas.. lepas je kakak ambil nugget itu.. kakak terus kunci pintu (sebab Fuji ialah sejenis Proton Wira yang boleh dikunci secara manual tanpa kunci kereta) tanpa mengambil beg sekolah jadi yg ada di tangan ialah nugget.. dengan handphone pun dalam beg sekolah.. the moment kakak kunci pintu Fuji terus jerit kat Suki: uuuuuu i terkunci beg kat dalam!!!!.. and her respond was: she laugh and just waive.. bye Yuni i nak pergi kelas dah..

So apa kakak buat? lari ikot dia gi kelas bersama nugget di tangan.. then masuk kelas kakak cakap : phone saya dalam kereta, so tak pasti kelas pagi ada ke tak... kisahnya satu hari kami ada 5 kelas.. pada hari tu.. since subuh para guru mesej class cancel.. jadi pagi tu kelas kakak we expect ada 3 kelas yg akan berjalan macam biasa.. tapi sampai je parking.. lecture kata kelas dia pukul 10 pagi pun takde.. so kakak cepat2 mesej semua orang.. lepas mesej tu yg simpan phone dalam beg.. hahahah
so ada lagi 2 kelas untuk kami belajar hari itu .. konon nya ye..

Then reaksi pelajar-pelajar cemerlang yg sampai awal is: eh cepat2 tolong kak yuni.. ye.. mereka pangil kakak, "KAK" walaupun dah di tegah.. hello kita rakan sebaya.. jangan kak sangat la.. huhuh..sementara menungu bantuan.. jadi kakak makan la dulu nugget sambil menjelaskan bagaimana kunci boleh tertinggal.. salah sorang siap pesan: okay Ayuni lepas ni dilarang makan nugget..when food is charged as guilty.. mesti la kakak akan appeal.. nugget tak salah,.

Kemudian datang la hero-hero untuk membantu kakak.. hahahahha.. oh ya.. kunci spare pun dalam beg.. inside my purse.. tragis kan.. memang takla kakak nak minta bapak datang ke Shah Alam.. then jenuh la kakak menjelas kan.. ofkos la lelaki kalau tak bahan tak sah.. tadah la telinga dengar dorang bahan dulu.. kakak tak kisah janji diorang nak tolong.. hahhahaha.. siap bagi harapan: kau bagi aku dawai pandai la aku godek kereta kau tu.. pergh.. harapan mengunung tau si Joe ni bagi..

Pastu berjemaah la turun ke parking.. masalahnya Joe hilang mana ntah.. yang turun tu semua pak-pak ustaz tau tak macam mana jem nya otak kakak menganalisis situasi tersebut.. kerana rata-rata mengaku tak reti nak buat.. hmmm.. baiklah.. bagi sampai ke Fuji dulu..


Masa ini semua dok la usha macam mana nak buat.. mujur kakak buka sikit skrin tingkap.. tapi... isu lain timbul macam mana nak masukkan dawai dalam tu..

They make fun of it by saying mari kita berdoa moga kunci nya terbuka sendiri (okay kakak tipu) salah sorang tu tepok je kereta kakak sambil baca ayat..then terbuka la pintu...  (again sorry nope.. hahahah i lied) anyhow kita berjaya jumpa dawai di kawasan itu.. cuma nak cari jalan how nak tarik kunci tu or masukkan dawai untuk pegang lock kereta tu.. hmmm.. lepas tu Joe pun sampai... bertuah kan.. janji dia datang..

Lepas tu macam mana ntah dorang buat.. ada sedikit kecederaan kepada Fuji (with my permission of course).. berjaya la dibuka pintu nya.. yeah.. thank you guys!!! 


lepas tu..kelam kabut cari phone dulu dalam beg sekolah.. sekali lecture utk first class pagi mesej cancel kelas... huwhuhuwhuw.. maka naik la kakak bersama beg sekolah itu dan memberitahu kelas bahawa kelas pagi tiada... seperti biasa semua akan kecoh.. dan harapan kami semua tingal satu lagi kelas.. jadi la dari takde langsung kelas nya.. peluang pagi tu ada yang berhuhuh nak berjalan cari baju bridesmaids segala..ada yang terus balik ke Penang...sebab ada yang berulang begitu kan.. kakak duduk jela di kelas sebab nak diskus assignment group.. lepas tu Suki masuk kelas kakak kabor.. eh kelas 3ptg u pun patut takde sebab kelas i jam 11 takde... haaa sudah.. jeng jeng jeng.. pucat kejap kakak.. apa lagi terus dail number lecture berkenaan.. lecture pulak tak boleh buat keputusan (yela sebab pagi dia tak boleh maybe dia ingat petang dia boleh masuk kelas sebab tu dia tak kabor kelas kami cancel).. pada masa yang sama yang mana dalam kelas dah mula kerumun kakak dengan watery eyes (mata bintang-bintang dalam anime tu) hoping class cancel and semua boleh balik.. tahu tak beban perasaan menjadi seorang ketua darjah?  ini satu pembulian tau..

Lecture comel ni pulak sedaya upaya from my point of view dia nak buat kelas.. tapi situasi yang dia tengah handle tu macam memerlukan perhatian dia yang lebih.. jadi kakak bagi dia masa untuk fikir.. haaa boleh tak murid bagi masa pada cikgu.. hahahahah cara sangat kan... end up kelas cancel ye untuk satu hari itu... haaaaaaa... what a day kan? hikhikhikhi... maka tamatla sudah kelas A pada pagi itu..

Malangnya kelas Suki masih ada 1 kelas lagi yang tak cancel.. subject usulfiqh... haaaa kelas kakak ustazah yang ajar usulfiqh.. Ustazah Asmak Husin nama diberi... sempoi je.. tapi sebab ustazah ni celebrity memang kami tau dah la on that day usulfiqh kami memang tak ada..
Dan kelas B pulak dah arrange masa untuk usulfiqh ke waktu tengah hari sebab patut nya usulfiqh ni jam 5-7 petang.. kakak pun apa lagi.. amek peluang join la kelas tersebut.. and ustaz ni memang dah cam kakak masa first day.. teruk gak la kakak kena masa sesi ta'aruf dengan ustaz kpop ni.. haaa kenapa kpop? hehheehh he doesn't look like an ustaz okay.. pakai jeans.. layan kpop.. begitu la sejarah nama nya.. takdela.. ustazah Asmak yang gelar dia ustaz kpop.. kami ikot je.. hahahahahha

Jadi sekian sahaja kelas kakak dan Suki hari tu.. dapat jugak la belajar kelas usulfiqh.. alhamdulilah despite all the dramas kan..


No comments:

Post a Comment