04 December 2013

Whoaaaaah!!

Mak ai..!!! November satu entry ja? Hahahhaa…maaf la atas ke-tidak-perasan diri ini.. akak busy adik-adik.. ingat dok rumah jadi VIP ni senang? Hahahahha…standby-mode sentiasa.. senang cerita… mangsa ‘kidnap’ yang merelakan diri lah akak ni.. dalam entry bulan ni, banyak la cerita yang dah berlaku akan di coretkan di sini..kebanyakkan nya bulan November punya kisah..

Maka nya untuk mukadimah bulan ni… kita mulakan dengan.. hmm… cerita apa yang korang nak dengar? Okay takpe ak cerita benda yang ak tengah fikir sekarang ni… kahwin.. jeng..jeng..jeng.. dok Zizang..! (dialong Cikgu Ayu dalam Oh My Ganu!).. ini sekadar berkongsi pandangan ak berdasarkan pemerhatian ak dengan keadaan sekeliling..


Setiap pasangan bercinta mesti la nak meneruskan hubungan ke peringkat yg seterusnya.. kawin la semestinya.. dalam nak menuju ke arah itu banyak la halangan nya ye dak.. I’m sure ada antara korang pernah mengalaminya.. macam bercinta dengan orang lain, bertunang dengan orang lain, kawin dengan orang lain.. apa pun pada yang berjaya bernikah dengan pilihan hati.. tahniah di ucapkan.. korang memang steady la, terbaik !!!!

Jadi apa yang ak nak bebelkan disini? Ak nak cerita pasal halangan.. fokus nya ibubapa dan kewangan.. betul restu ibubapa penting dalam kehidupan kita.. betul mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk kita tambahan pula mereka yang membesarkan kan kita sampai jadi orang.. betul mereka makan garam lebih awal dari kita.. eh betul ke bab garam tu? Sorry.. penambah ayat nak bagi sedap.. heheheh.. tapi kan.. tak salah rasanya kalau dengar dulu apa yang kita nak cakap kan.. betul tak? Sebab ia melibatkan masa depan mestila kita sebagai anak nak restu dan doa..memang ada kalangan ibubapa yang rasa depa tu la yang betul serba serbi.. dah tu cuba terangkan kenapa tak setuju.. contoh nya la.. kalau baru kata ‘ayah saya nak bertunang tahun depan calon bla bla’  terus melenting! Tak patut sangat la ak rasa.. bayangkan anak tu sebenarnya lama dok fikir macam mana la nak luahkan hasrat hati.. tetibe kena macam tu.. kang kalau dia kawin lari.. hah.. sapa malu? Habaq mai? Belum lagi kalu depa buat benda bukan bukan .. satgi cucu ada tepi longkang, dalam tong sampah,lubang jamban.. Sebab tu la.. kalau tak berkenan.. dengar la dulu kenapa anak pilih si dia jadi pilihan hidup.. pasti ada perkara yang kita terlepas pandang tapi hanya pasangan yang bercinta tu yang nampak.. tak..tak.. ak bukan kata perlu membelakangkan family.. dok Zizang!.. my point is.. both side need to make everyone clear, leraikan segala salah faham.. kenapa tak boleh.. kenapa nak juga dengan si dia.. apa keywords nya.. perbincangan.. look.. ak pernah pergi kenduri kawin yang mak pengantin tak mai sebab isu gini la.. sedey weyh habaq kat angpa! (ye.. ak selalu je accidently jadi saksi kejadian) sebab tu la ak nak kongsi dengan korang supaya situasi macam tu tak jadi lagi..sebagai iktibar mugkin..

Perkara yang mudah jangan la di susahkan.. orang nak membina masjid jangan la bangkang beria kot ye pun.. sekurangnya.. sila la beri penjelasan yang logik.. setakat kata ‘takboleh!, ia tak kan terjadi’ konfem la boleh jadi perang.. kalau anak tu dah boleh menyuarakan hasrat untuk berkahwin ak rasa anak itu juga bersedia menerima penjelasan yang logik dan yang penting kebenaran di sebalik kebantahan  kenapa taknak calon pilihan hati dia.. setakat kata ’dia tak sesuai’ hmmm… jawapan macam tu.. budak kecik pun tak layan… lagi dia meraung nak ada la… hahahahah..

Faktor kewangan.. kawin mana yang free weyh? Hahahha… paling lekeh pun tetap gak kena bayar mas kawin..dengan harga barang yang naik dan segala benda naik.. sesak jugak la ak rasa kalau yang baru setahun kerja nak kawin..tapi hey..mudahkan jela urusan mereka.. maksudnya.. pihak perempuan pun.. takyah sampai belanja semua nak kalahkan Che Ta…mentang-mentang ko anak dara kan.. hahahah.. nak berapa.. RM20 juta? Logik sikit boleh tak? Ko nak hidup lama kan dengan pasangan ko.. jangan la sebab kawin nak berhutang beria.. ramai orang menyumpah dari mendoakan kebahagian korang nanti.. lagipun.. hmm… ak rasa.. bila kawin rezeki tetap ada.. mugkin naik pangkat ke pastu.. dapat kerja yang lebih baik ke.. kita tak tau kan.. Cuma pada ibubapa yang anak masih belajar..atau yang baru bekerja jika anak ada niat untuk berumah tangga mudah kan la urusan mereka.. yes I’m aware the effects if ur financial is not that steady to start a new life.. I’m aware ur concerns dear parents..so do the couple.. percayalah kalau mereka dah boleh sepakat nak berumah tangga dan ada keberanian untuk meluahkan rasa di hati tu.. rasa nya mereka dah fikir macam mana nak survive bila berumah tangga.. doa jela yang baik-baik..

Oh ye.. isu kewangan ni.. ak bagi contoh yang anak orang biasa.. maksud ak bukan anak orang berada, anak raja ke, vvip ke.. sebab golongan berada lain la cerita nya Tipah oi…

Hah pastukan.. hmmm… isu ni.. bapak ak pun warning gak.. taknak menantu negeri pantai timur, Sabah, Sarawak..senang cerita nak yang tingal di KL je.. hahahahah… boleh macam tu? Nasib la ak ni tak terasa nak kawin lagi.. hahhahahahaha… kalau tak sebelum bercinta kena tanya dulu hometown dia mana… hadoy… sangat tak releven la isu ni sebenarnya.. Ye betul.. kalau jaoh.. kewangan itu memang satu isu.. makan banyak belanja.. alaa anggap jela kalau nak ziarah macam makan angin.. sambil menyelam minum air.. hehehee.. mesti la tak rasa sangat beban nya.. betul tak? Contoh… kampong ak di Kedah.. hehehe..alang alang langkau terus Padang Besaq… hahahahah…see.. got my point tak? Kalau sekadar dari Johor nak antar rombongan ke Perlis memang la penat.. benti la sat jamu mata pi Genting ka..contoh.. Malaysia ni banyak tempat yang menarik untuk di lawati tau..! pastu duit mana nak cekau? Alaaaa soklan… elok je selama ni survived.. nak seribu daya taknak seribu dalih… saving la sikit sikit kalau dah tau nak melawat, menziarah besan atau keluarga mertua..ak membesar di KL.. pergh harga barang memang… sapa sapa yang tak cukup kuat sakit hidup kat KL.. macam bapak ak cakap..enough to survived.. jadi ak rasa takde masalah pun.. tepok dada tanya selera..

Yosh itu jela coretan nya.. oh mesti korang akan kata..maybe la.. buat la solat sunat istikharah minta petunjuk, solat hajat agar di mudahkan segala urusan… hmmm… ak cerita based on logic thinking je and not to deep (kang berjela pulak entry ni)… masing-masing dah besaq kan.. pandai dah fikir… bab agama bukan ak orang nya.. pi la tanya orang yang lebih arif, gali la ilmu itu sendiri... Apa pun.. semua orang nak bahagia.. parents mana yang nak tengok anak menderita.. anak mana yang sanggup menangung beban jadi anak derhaka.. jadi kita ni.. doakan la yang terbaik untuk semua orang yang sedang berusaha membina masjid, moga ikatan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah..

Sekian sahaja.. buat mereka yang berada di kawasan banjir.. stay safe!

1 comment:

  1. isu ibubapa senario di atas yang setakat ak perhatikan gara-gara tak berkenan dengan calon pilihan.. tu yang hantaran kemain letaknya..jarak dijadikan isu..taraf pendidikan..yadaayadaaa

    ReplyDelete