19 July 2014

Apa Khabar Korang

Selamat berpuasa, salam takziah kepada keluarga dan rakan-rakan penumpang MH17 dan lets pray for Gaza.

Hui.. lama nya tak menjengah chocolylost ni.. apa khabar korang? sihat ke? macam mana puasa setakat ni? harap nya korang semua sihat, ceria dan sentiasa bersemangat menghadapi ujian dan cabaran yang mendatang selepas ni.

Rindu kita tak? hikhikhik.. Maaflaa lama tak update..kita sekarang ni tengah buat chambering.. atau namanya pupils in chambers.. atau bahasa melayu nya pelatih dalam kamar.. ini nama glamour atau nama rasminya la.. tapi.. sebab malas.. selalu akan jawab.. 'saya budak praktikal je' ..hehehhehe..  tapi harus di ingat ye.. realiti nya.. praktikal dengan chambering bukan adik beradik..

Jadi seorang chambee.. hmm.. up side down hidup sekarang ni.. hahahah... memang siow laa.. but i belief everything is gonna be fine.. thanks for the supports guys..

Sekian, maaf coretan agak pendek.. mencuri sedikit masa yang ada..sekadar bertanya khabar korang..

13 February 2014

Tuuuu diaaaaa

Ehem, gambaq pre-convo dah sampai ke tangan ku sebulan yang lalu.. ak tak larat geleng kepala tengok gambaq-gambaq ni semua.. Those pictures has 1001 stories behind it.. Apa pun.. gambaq-gambaq ni semua di ambil oleh Shahid Sanglang Photography.. Tempat: Tasik Perdana Kuala Lumpur.. bila? Ahaha.. Tahun lepas.. a day before my convocation ceremony.. ye..ak memang main-main dengan masa depan ak.. esok nak konvo, hari ni baru nak ambil gambaq pre-convo padahal jubah konvo dah dapat seminggu dah.. (wink)

Okay..kenapa gambar pre-convo ak sangat rare kali ni? Yela.. standard orang ambil di studio kan.. oh.. ak dah ada gambar macam tu masa ak buat first degree dulu.. infact angah diploma pun ada gak gambar dalam studio.. so kira cukup kan? Memandangkan it is my second degree.. degree yang sangat la bercinta untuk ak habiskan and it took me 1 year to decide whether to apply it or not.. bila berjaya masuk.. ak kena extend pulak.. ambik satu paper sampai 3,4 kali.. so masa ak extend to.. ak plan awai dah. . cakap ‘gambar konvo kali ni ambik kat luar.. kita bawak masuk props’ .. konfiden akan lulus je kan.. (masa tu la).. hahahahah.. 

Plus..sebab nak bawak masuk props..memang tak la ak nak bawa masuk props pastu latar buku..!!! pejadah nya..baik amek di luar terus..inspired by korang punya wedding pictures.. hahahaa.. thanks korang bagi ak idea macam best ni.. props yang ak masuk dalam gambar.. ialah,. Moto Honda 70 abah tu.. Bunny dan payung ak yang hilang tu.. 3 benda penting pada ak..

Cerita pasal moto Honda cup 70 abah ni.. ahaha.. moto ni..agak lama tau dari abah bujang lagi..dari kerja di Johor bawak ke Perlis then sampai sekarang.. agak nostalgia la pada beliau..pastu..ak berulang ke sekolah rendah, menengah, infact kalau ak nak keluar abah prefer hantar ak dengan moto ni rather than moto yang lagi satu tu.. basically banyak gak la kenangan ak dengan moto ni.. boleh tido atas moto.. ko agak dari mana skill tu ak dapat? Hahahah… practice make perfect u ols!

mengimbau nostalgia kan?
Gambar ni memang amek depan pondok je..sebab diorang tak bagi bawa masuk moto..nice gak kan? so ada la gambar kami sekeluarga dengan motor ni.. hehehe.. that picture akan di frame kan.. sebab tu la misi utamanya.. buat moto ni jadi gambar untuk di framekan..Lepas tu.. berjalan lagi kat tasik tu.. photographer kata ada banyak lagi port yang boleh kami consider untuk buat main picture.. then kami amek gambar di sini..

sempoi je kan baju semua orang. kalau tak nak abah pakai kain pelekat je.
Jadi sekitar kawasan tu (kalau korang pernah pergi) semua kami bergambar.. hehehe.. pastu ada gak golek golek kat rumput, bukit erk..sort of la bukit.. entah ak pun tak tau macam mana nak explain.. ak suka gambar tu..kalau tunjuk gambar kang,…satgi ramai pulak pose kat situ..hahahah.. tak pasal rosak lanskap.. ahakz.. okay.. masa ni.. semua orang dah habis energy tau.. yela dah tengah hari rasanya.. kami sampai pun dalam 11 pagi macam tu..

Lepas tu.. mak & adik stay je kat kawasan tu.. kami berjalan lagi mencari port.. cewah..untuk gambar sorang pulak la..angah..hari tu memang P.A yang cemerlang..  semua barang ak dia pegang.. infact dia yang bersemangat arah ak nak posing macam mana.. paling letih ak di buat nya.. bila dia dan photographer suruh ak melompat.. ak yang semakin kembang ni di suruh melompat..!!! bayangkan.. (memang tak leh bayang betul tak? ) tahukah anda jubbah konvo agak berat .. jadi macam ni la gambar nya..

ak tak tau la ni melompat ke apa gaya nya
Oh ni payung photographer.. since payung ak kan di ambil orang..terasa macam model for maybank lak.. hahahahaha…lepas tu jalan lagi sampai kat rumah pokok.. ada cerita menarik masa kat sini.. time ni guna props Bunny lak.. kisah bunny ni.. ini ialah teddy bear ak yang pertama.. kebetulan first pet ak ialah rabbit..masa tu mak suka buat agar-agar guna acuan rabbit.. hehehehe… so masa ak dok tongek tongek bergambar bersama Bunny di tangga rumah pokok ni.. tetiba ada couple from middle east datang minta photographer ambil kan gambar diorang berlatarkan.. aaa… batu? Kot.... lepas tu.. photographer ak yang genius ni.. minta la depa bergambar dengan ak.. heheheh… ak suka laaa.. depa cantik dan hensem.. indahnya ciptaan Tuhan..berlatarkan.. jeng jeng jeng..

latar ni sebenarnya batu ke air terjun? korang rasa?
Lepas dah hai hai bye bye dengan model import  from Egypt ni.. angah dan photographer still not satisfied dengan gaya Mary Poppins ak yang tak berapa nak terbang tu.. makanya perlu la ak melompat lagi.. lompat dan lompat…pastu.. jadi la.. kokokrunch!!!

basah ketiak nak dapat pose ni
Selepas mereka berpuas hati.. kami berjalan lagi.. masuk denai mana ntah.. tetibe jumpa lak sort of..aaa..sungai? kot.. oh.. yang ni memang adik suka..so dia dok berangan buat ninjutsu Naruto.. so banyak la gambar mengarot dia kat sini.. more to gambar kami adik beradik.. banyak  gambar yang cool tau..again.. tak nak tunjuk kat korang…sebab ak tak rasa la kita sebenar nya boleh bergambar di situ..hehehehe…

All in all.. sangat bersyukur ak berjaya tamat pengajian.. terima kasih banyak banyak pada mereka yang sentiasa ada bersama ak.. you know who you are.. thanks korang… Semoga Allah membalasnya.. Doakan ak dapat kerja cepat weyh!!... hahahah.. list dah makin panjang nak belanja korang ni…
hikhikhik

04 February 2014

Birthday Dia

'Yeah, yeah Rock City Girl' - twist sikit lagu anime fairy tale..hahahhaha.. 

Yosh minna!!!!! Seperti tajuk di atas.. hari ini birthday seseorang... budak ni.. kalau tak buat kepala ak pening, darah ak naik, kaki rasa ringan je nak sparring dengan dia.. sentiasa nak bertekak... buat ak takleh tidur (sometimes) dengan cara pemikiran dia dan tindakan dia memang tak sah... all in all.. she drive me crazyyyyy.. 

Apa pun.. cepat nyanyi lagu 'Happy Birthday' kat dia.. hah ye.. memang ak paksa korang pun.. iklas tak iklas nyanyi cepat before the day end!!! cepat.. cepat..!! ready... satu.. dua .. tigaaa... 
'Happy Birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to.. ummm...eh? xtau ek? heheheh.. sorry.. Lin.. Happy birthday to Lin!!!! yeah.. hahahahahaha.. thanks korang!! so sweeet la korang!!! nanti tuntut gula-gula 20 sen bila jumpa ak nanti ek..

Jadi.. hari ni birthday adik perempuan ak.. hehehehehe.. umur dia? perlu tau ke? okay.. kira sendiri.. dia muda 3 tahun dari ak.. so kalau ko rasa nak jadi adik ipar ak.. boleh je.. tapi prepare duit berkepok sikit utk ak.. hahahah.. langkah bendul kan.. (soklan utama nya. berani ke jadi adik ipar ak? hahahahah ) seperti tradisi yang mak selalu buat.. birthday semua orang mesti ada kek..tahun ni... kek dia agak special.. kenapa? sebab.... its a customize cake!! selama ni beli di kedai kek je... kek tunjuk.. hahahahaha..

Cerita sikit tentang kek ni..ak excited sebab tak pernah try lagi beli homemade cake.. plus tengok gambar-gambar.. macam sedap je.. so i gave a called.. heee.. bincang bincang semua..the deal is sealed.. its a chocolate moist cake with.. heeeee... tadaaaaaa
birthday cake for my lil sis

thanks Tubbyfoods
Nampak sedap kan? haaaaa... indeed it taste superb.. tak manis sangat.. just nice..pagar (kitkat) toppings (marshmellow) itu semua untuk ak dengan adik je.. hahahahahah.. birthday gurl makan kek je..okay la.. bagi la dia stoberi tu.. masa ak kata kek dia ada m&m, marshmellow bagai.. she was like..'ko ingat ni birthday budak tadika?' hahahahahah... well.. tidak la perlu nak bagi tau how the cake look like right? biar kan dia rasa macam budak budak punya kek.. hahahahah... susah okay nak dapat kakak yang baik macam ak ni.. 

Oh..Perlu ke ak letak gambar muka dia terpegun tengok kek 'budak tadika' ni? hahahahah... nope.. sorry.. tak leh.. gambar mahal tu..

Okay.. itu sahaja.. actually ak fokus pada kek je entry ni..hahahahahah... oh ye.. kalau korang berminat..boleh la cari mereka (bakers ni) di fesbuk, instagram: Tubbyfoods atau email kan kepada tubbyfoods@gmail.com atau whatsapp 0193101355 (Lana) untuk brownies, cookies.. atau 0122811174 (Dina) untuk kek, blondies.. hah mesti korang tak tau blondies ni apa.. jangan risau.. ak pun tak tau.. tapi ak dah beli, ak dah rasa.. its like,. brownies but without cocoa and it taste like soft cookie.. why blondie? cuz,,,its a blonde brownie... heheheheh

to wrap up, 

Happy Birthday Angah!!!!! 

yang tak iklas, Along... 


20 December 2013

Payong

Haaa.. sesapa yang kenal dengan ak di UiTM dulu cam ak dari jaoh sebab payung yang ak guna (ak suka guna payung yang warna-warna neon, sebab ak jalan kaki, so dah dekat dengan pokok-pokok, satgi pemandu pemandu ni tak nampak lak ak yg cinonet ni melintas jalan, jadi warna payung memainkan peranan yang penting pada ak yang pejalan kaki ni)..

Masa ak Asasi dulu.. ak guna payung lipat2.. bajet la senang nak simpan dalam beg.. tapi entah selalu rosak je.. yela mugkin payung murah kan..penyudahnya naik first degree ak guna payung besar.. lantak la jinjit ke..junjung ke payung nya.. geram dah ak.. hahahahha.. payung besar jimat.. jadi payung nya warna pink.. ak sayang benor payung pink ni.. hoh.. ramai yg dah share payung dengan ak.. hehehe.. paling takleh blah.. lecture ADR ak la.. dia stress cara ak pegang payung.. then she said 'takpe biar saya yang pegang kan payung ni' malu weyh... cikgu payungkan anak murid.. tapi nak buat macam mana.. korang kata ak tak reti pegang payung..

Lepastu kan..payung pink ak hilang.. setelah sekian lama ak guna.. sedeh kot.. pastu beli la payung oren lak.. abah yang nampak sebenarnya payung ni.. sebab murah kan harga nya..ak tengok ak berkenan la.. siap ada gambar bear lagi.. jadi ak guna lama tau payung bear ni.. siap dah berangan nak guna payung oren ni sebagai props untuk gambar pre convo ak baru-baru ni.. last-last.. hilang... !!! best part ak di tempat kejadian.. boleh?.. siap tengok cctv ni sebab ak panas hati betul payung ak leh hilang..( jadi ak tak leh guna ia utk props ak..memang angin la weyh) sekali.. hah.. minah rakyat asing yang amek.. manager tu tanya ak' nak buat police report ke?' ak jawab tak payah la.. area sini je..mesti ak akan jumpa gak payung ak tu bila dia keluar waktu hujan dengan payung ak tu..

Jadi pre-convo ak pakai payung photographer je..huaaaah...then hari tu ak gi kenduri di Perak dengan abah.. tengah berjalan kat pekan tu.. tiba hujan lak..kena beli payung sebab kalau nak redah gi dewan tu jaoh.. memang boleh lencun baju!.. jadi beli la payung pelangi.. murah weyh..lebih kurang harga payung oren ak.. tak sampai RM10..hah pastu kan masa ak gi BBW.. ak lupa bawa payung lipat ak (guna masa second degree since ak travel kan) hujan tak lebat mana pun.. boleh je lalu bawah bangunan.. tapi cik tourist guide ni.. princess.. katanya tak leh kena hujan.. lagipun ak bimbang nak tunggu lama.. (curfew ak weyh!) maka beli la payung.. mahai cik oi.. RM13.. hahahahha.. pejam mata jela masa bayar tu.. so payung pink 13 hengget tu ak jarang guna.. sebab ak sayang.. lagipun ramai yg berkenan kalau letak merata.. heheheheh

Panjang tak cerita ak dengan payung ni? hahahah... sebenarnya ak nak tunjuk korang gambar comel ak petang tadi je.. korang pernah buat tak naik motor sambil berpayong di dalam hujan..? heheheh.. sebab hujan tak lebat mana kami berani buat gitu...urgent.. jadi tindakan pun drastik.. heheheh... pastu singgah kedai jap beli barang lepas urusan urgent dah siap.. then bila dah sampai rumah.. bila adik ak pandang dia gelak la... sebab gaya ak sangat kelakar.. tudung senget... jadi ak pun soh la dia amek gambar.. 
Meriah kan kaler nya..heeee.. walaupun dia gelak sebab tudung senget.. ak tak heran mana.. tapi yang menariknya gambar ni pada ak.. ialah.. ak nampak kuruuuuuussssss!!!!! itu yang penting..!!!!! Muahahahahahahaaha..

16 December 2013

Jalan-jalan bersama Noai

Memandangkan ak fulltime pengangur (ye kes malas hantar resume) ak merupakan pilihan yang terbaik untuk menemankan Noai.. heheheheh.. tiap kali ak keluar dengan Noai.. mesti ada je benda baru yang ak belajar.. jadi ak suka.. okay cerita shopping tak payah la ek..

Korang pernah makan di Alexis Ampang? Oktober lepas Noai ajak ak teman dia untuk event kat situ.. lauching apa entah.. ak sangat la panik sebab.. launching event? Acaner la situasinya Tipah!.. so kami sampai kat Great Eastern Mall di Ampang pada tarikh yang di tetapkan tu la.. mak ai.. parking penuh okay… dalam 20 minit gak cari parking.. penyudah nya parking kat luar je.. So actually Noai agak reluctant nak masuk sebab dia kata dia tak kenal sape dalam tu tapi kalau tak masuk rugi la pulak networking kan.. plus dapat invitation card..

Jadi apa yang kami buat? Pura-pura tengok kek sambil usha kat dalam tu..(Alexis agak menarik ye) memang sengal.. kami dok pusing-pusing depan Alexis.. nak masuk ke tak.. last-last… kami berada di Levain.. hahahahahahahha.. katanya since dah pakai cantik-cantik tempat makan pun kena la tempat yang cantik…(dia la yang cantik ) ak ikot je since Levain pun ak tak pernah masuk.. heheheh.. so we had our lunch there.. cantik la tempat nya.. harga makanan pun okay.. korang patut try.. kek semua nampak sedap.. hehehehe…

Kemudian.. ak ikot Noai berjalan-jalan ke Bangi (Mahkamah Bandar Baru Bangi) dan Seremban (Kompleks Mahkamah Seremban) bulan lepas.. Hehehe… File search je boleh la dia bawa ak sebagai peneman dia drive… Attire ak? Harus la black and white.. hahahahahh.. bajet pupil kan.. masa di Seremban.. ak jumpa Hafiz dan Awie ..heee… pastu memang kena setepek la jugak dengan Awie ‘ko memang suka kan amek masa ko sendiri’ hahahahahhahaa.. sebab ak tak chambering lagi tapi dok syok mengikot orang naik turun mahkamah…


So bulan ni tak di kidnap lagi oleh Noai.. but she want my resume… hohoho.. tak leh lari dah since she know my house .. yeah.. resume in progress (takde benda nak taip weyh..ia buat ak terfikir apa yang ak dah buat sepanjang ak di UiTM dulu.. macam takde perkara yang boleh di banggakan je.. oh ye.. ada ak cakap tak file sijil ak hilang untuk kesekian kali nya? Hah tu pun satu punca ak malas nak buat resume.. macam okay.. nak cerita bukti takde.. hahahah.. tak yah cerita senang tapi sakit hati lak tengok resume ak tu.. budak yang tak masuk universiti pun kemain resume.. ak? pfppftft)

13 December 2013

Serigala Jahat Yang Besar.

Hah.. betul tak kalau ak alih bahasa Big Bad Wolf maksudnya macam tu? Jadi macam tau kan topik nya.. Ya betul 10 markah untuk anda!

Korang mesti pernah pergi pesta buku ni kan? Ak.. Selasa lepas pertama kali ak pergi sana.. pertama kali gak la ak sampai The Mines.. Terima Kasih sesangat pada pemandu pelancong ak pada hari tu.. Cik Aieyda..bila bersua benda yang dia bising kan baju ak.. (ak pakai baju apache) Sebenarnya ak dah gosok baju lain, but I changed my mind.. saja nak tengok respon dia (parents ak memang bantai gelak bila tengok ak beli baju tu dulu) Sekali memang betul weyh.. hahahahh… turun je dari stesen Serdang.. nak berjalan ke the Mines tu dia bebel kan baju ak tu.. Ak gelak jela.. sebab ak memang sengaja pakai baju tu nak tengok dia nak jalan ke tak dengan ak lagipun ni kali pertama ak keluar berjalan dengan dia.. ok cukup la pertama kali semua nya dalam perenggan ni..

Kembali kepada pesta buku ni.. korang!!!! Besaq gila tempat nya!!! Patut la korang bawa troli bila mai sini.. Yang ak ni first timer.. berlengang bawa duit jela.. tak tau besaq lagu ni.. Dan ak tak tau nak mula dari mana bila masuk tu.. dengan orang melintas depan ak rata-rata dok pegang kotak.. Jadi mula-mula ak cari buku untuk adik.. bajet dalam RM20 la buku dia.. dah cukup cari pulak buku ak.. again.. ak tak pasti genre pe yang ak nak baca.. bajet nak beli 5 buah je.. baru amek 2 buah.. dah berterabur dah buku yang ak pegang.. pastu dok tengok keliling.. celah mana depa dapat kotak? Pastu ak jumpa kotak yang sangat comel masa ak berjalan-jalan dalam tu.. hahahah… tak berani amek kotak besaq.. kotak besaq bermakna besaq la duit ak nak bayaq satgi..

Lepas tu..telefon la angah.. dia nak ke tak buku.. and she said yes.. tapi nak malay novel.. ak ni lama dah tingalkan novel2 berbahasa melayu ni.. bukan pe.. bosan..konsep nya lebih kurang sama.. tapi ak ada favorite writer untuk novel bahasa melayu ni.. kalau ak nampak buku dia ak beli.. takde.. ak tak gigih mencari.. hehehhe.. Jadi.. ak memang kena kutuk la dengan tourist guide ak bila dia tengok seleksi novel yang ak beli untuk angah.. buku angah ak memang tak bajet berapa.. hahahah.. rembat je agak-agak synopsis cerita boleh menepati cita rasa dia.. mula banyak tau.. yang kecik kecik sebuah harga RM3 tu.. pastu bila sorting.. ak ambil yang standard novel..

Sebenarnya ak tak habis pusing tau..tapi kotak comel ak dah penuh (thank God weyh) dan paling ak tak tahan.. ak lapar gilaaaaaa… ni bukan tahap perot mengigil.. ni dah sampai tahap ak tak nak respon pape kat sekeliling sebab rasa nak muntah.. hahahah… just ‘oh’ ‘ek’ ‘la yeke’ ‘takpe’ tu je la sepatah dua kata ak.. nak tingal buku dan pergi makan pastu sambung pusing memang takdan la.. sebab ak kena balik sebelum pukul 6 petang.. Walaupun kotak comel penuh dengan buku, harga nya sangat worth it pada ak.. tetibe ak rasa macam tak nak pergi dah pesta buku antarabangsa yang selalu di buat di PWTC tu.. (cewah.. sombong kemain!) Hee.. ak akan pergi kalau Dolly masih join.. if not.. ak tak pi rasanya pasni unless ada benda best yang depa tawarkan..

Jadi pada mereka yang masih belum pergi dan nak pergi, jemput la datang.. Naik ktm jimat weyh.. turun di stesen Serdang..pastu jalan kaki.. hehehe… tapi bawak payung la takut hujan.. kang lencun lak..hahahahaha..
Heheheheh

kenalkan pemandu pelancong Cik Aieyda.

Kotak comel ku.. hikhikhik

Papehal sila rujuk website mereka : www.bigbadwolfbooks.com

10 December 2013

ABK

Unknown: Amacam cuti panjang bro?
Dia : Cuti sudah habis bro.
Ak : Hahahahahaha dialog KL Gangster sangat!!!

How should I put it ya.. hmm.. Abang Besar Klang sudah mali maa…kembali menjejak kaki ke Kuala Lumpur ini… Muahahahahah

Dia ni kalau bab mengutuk KL kemain..Kalau ak kutuk tempat dia..buka cerita sejarah dengan ak.. Ak tak tau la pe punca dia datang KL kelmarin setelah 7 tahun mengharamkan diri sendiri untuk ke sini.. siap lepak bagai di Kampung Baru..

Kenapa ak cerita pasal ABK kali ni? Hahahah.. saja.. nak kongsikan kisah mengarot kami.. tak.. lebih kepada kisah mengarot dia.. jadi ak nak mengarot-ngarot pasal dia malam ni..auta ke fakta..terpulang pada korang..

Mula-mula kita cerita pasal kenapa dia dapat nama ABK.. alkisahnya, bulan lepas dia telefon..benda pertama dia nak cerita pasal whatsapp dah tak guna dah ( patut la group Joyah Cool senyap je).. pastu buka la cerita ada awek mana gelar dia Abang Besar Klang (itula cerita utama dia utk haritu sebenarnya).. macam-macam la awek tu cerita.. boleh la di simpulkan.. awek tu describe dia dah mengalahkan lagenda Hang Tuah gayanya.. masa dia dok teruja sembang.. ak ni on the other hand.. sebelah tangan pegang fon, sebelah tangan pegang penyapu… cara kan cara ak jawab panggilan telefon dia.. itu tanda ak hargai tau korang ni.. jawab la juga fon walau camne keadaan nya.. terharu tak?

Oh ye berbalik kisah ABK turun KL.. ak pun tak clear pasepa dia mai..yang pasti ak rasa sangat lawak sebab banyak la dia petik dialog KL Gangster.. last last ak ngadu kat dia.. sampai la ni ak tak tengok tengok lagi KL Gangster 2..  ak tengok 7 minit pertama je.. pastu dah stress!!! Penyudahnya tanya dia je overall cerita.. hahahahha… tak nak ak tengok.. cerita ni memang ak rasa exaggerate (masa tgk trailers) dan pada masa itu.. ak sangat la tak sabar nak tunggu cerita ni keluar.. hmm.. last last… takpe la.. rasanya macam tak rugi je kalau tak tengok.. Tahniah la pada Rosyam Nor.. memang pelakon terbaik.. sampai buat ak tak boleh tengok scenes dia.. scarrryyyyyyyy!!!!!!! Tu yang sampai 7 minit pertama je tengok.. stresss okay…(dah ak penakot orang nya nak buat macam mana)

Sampai sini je hari ni.. kisah dia memang banyak.. sampai ak rasa ayat ak tungang langang.. nama pun mengarot kan.. jadi memang mengarot la cerita ni..zzzz

Nite uolls..